Seperti yang diketahui ramai, pelakon Tasha Shilla telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz pada tarikh 28 Februari yang lalu. Meskipun detik perkenalan mereka agak singkat iaitu pada Disember 2019 di sebuah majlis amal, namun tanpa diduga rasa cinta akhirnya mula berputik. Dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicarinya selama ini.
BACA:Â [VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami
Majlis resepsi Atiq & Tasha berlangsung meriah
Semalam pula, telah berlangsungnya majlis resepsi kedua mempelai yang sama cantik sama padan ini bertempat di Bayswater KLCC. Selain ahli keluarga, acara penuh bermakna itu turut dihadiri sahabat handai, rakan artis dan wakil media. Di samping tampak menyerlah segak dan menawan dalam busana rekaan Hatta Dolmat, ia diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Hafiz Suip serta Fahrin Ahmad yang bertindak selaku pengacara.
Upacara memotong kek kahwin dalam suasana magis
Selepas bersanding, kedua-dua raja sehari malah sekali lagi diraikan dalam upacara memotong kek perkahwinan dengan tema ‘Magical Love Night‘. Mengenakan persalinan rona hijau mint hasil pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini, aktres berusia 33 tahun itu nyata kelihatan umpama puteri raja sambil diiringi cinta hatinya.
Kupu-kupu terbesar dunia…lambang cinta sejati
Detik yang paling mencuri tumpuan adalah apabila kedua-dua pengantin dikejutkan dengan kemunculan beberapa ekor kupu-kupu sewaktu sesi memotong kek. Didatangkan khas dari Melaka, spesis moth terbesar di dunia itu merupakan simbolik pada cinta sejati antara pelakon drama ‘Kamar Kamariah’ tersebut bersama jodoh hatinya.
Sumber: IG cstproduction, tashashilla & atiqidris