Masalah kekeringan bibir akan bertambah melarat jika tidak mampu mengawalnya. Akan tetapi, sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang jika terasa saja bibir kering pasti segera menjilat. Namun tahukah anda, ada mudaratnya jika terus mengamalkan tabiat sedemikian?
BACA:Â Wanita Kongsi Pengalaman Pilu, Duduk Terlalu Lama Punca Hidap Slip Disc
Terdedah pada cuaca yang tak menentu…jika masih kering dikuatiri dehidrasi
Menurut pakar kesihatan Dr Nur Syuhada, bibir kering berpunca daripada kurang pengambilan vitamin B. Selain kekurangan air dan alahan, terdedah pada cuaca yang tak menentu juga menyumbang kepada masalah tersebut.
Berhenti jadikan air liur sebagai lip balm…mempunyai kuman baik dan buruk
Tabiat lembapkan dengan air liur adalah tak digalakkan kerana lapisan minyak yang ‘kononnya’ melindungi bibir akan berkurang dan terdapat juga kuman baik dan buruk yang hidup di dalamnya. Jika sering diamalkan, ia dikhuatiri akan menyebabkan lapisan kulit bibir merekah lebih teruk.
Pelembap bibir bukan semata-mata demi kecantikan tapi untuk kesihatan
Justeru, terdapat cara lain yang boleh merawat bibir kering iaitu dengan menggunakan pelembap bibir atau lip balm. Pemakaiannya mampu meningkatkan kelembapan serta menghaluskan permukaan kulit bibir. Sebaik-baiknya jika teringin untuk jilat bibir, sapu saja air dan ulangi kaedah sama sehingga pulih sepenuhnya.
Sumber: Dr On Call & mStar Online