Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti

24th January 2020
in Gaya Hidup
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap kali menjelangnya musim percutian, pastinya ia satu perkara yang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika dapat melancong ke tempat menarik bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai. Tapi selepas influenza, dunia sekali lagi telah dikejutkan dengan kemunculan wabak koronavirus yang bermula dari China. Meskipun sehingga kini jangkitan berkenaan belum bertapak di Malaysia, namun langkah berjaga-jaga telah diperketat memandangkan semalam ada individu disahkan positif wabak tersebut di Singapura.

BACA: Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Penyebaran virus baharu itu menyebabkan rata-rata masyarakat dunia panik serta diselubungi kebimbangan terhadap kesihatan diri dan insan tersayang. Bagaimanapun, apakah persediaan yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada dijangkiti? Berikut adalah lima perkara yang perlu anda ketahui untuk mengelak keluarga terutamanya anak-anak daripada dijangkiti virus berkenaan.

Jaga kebersihan & kerap basuh tangan

Menerusi maklumat daripada portal Hello Doktor, sentuhan merupakan antara salah satu penyumbang utama terhadap penularan wabak berjangkit. Jadi, anda haruslah memastikan anak-anak mencuci tangan masing-masing dengan sabun sekurang-kurangnya 30 saat sebelum bilas. Amalkan langkah ini sebelum/selepas makan, sesudah keluar daripada bilik air dan apabila perlu. Sekiranya tangan memang tak dapat dibersihkan, elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut supaya boleh menghindari sebarang jangkitan daripada masuk ke dalam badan.

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Pantau setiap jenis makanan & minum banyak air masak

Adalah menjadi satu kerugian apabila tak dapat mencuba makanan tempatan jika pergi bercuti. Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya menghindari sebarang makanan atau minuman yang sudah terdedah lama, tak dimasak (mentah), tidak dibasuh dengan bersih. Di samping itu, pastikan badan sentiasa terhidrasi dan sebaiknya pilihlah untuk hanya minum air masak atau mineral yang telah dibotolkan.

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Dapatkan vaksin sebelum memulakan percutian

Buatlah pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor mengenai tahap kesihatan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sebelum tarikh percutian. Anda mungkin disarankan agar mendapat beberapa jenis vaksin terlebih dahulu, dan biasanya mengambil tempoh beberapa sebelum antibodi terbentuk.

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Rajinkan diri pakai topeng muka 

Menurut pakar, amalan pemakaian topeng muka merupakan antara langkah terbaik untuk mengelak jangkitan virus corona. Pastikan setiap ahli keluarga dipakaikan topeng muka terutamanya si kecil ketika menaiki sebarang pengangkutan awam termasuklah kapal terbang. Pastikan anda sentiasa bersedia dengan topeng muka, lebih-lebih lagi jika terpaksa duduk bersebelahan dengan individu yang mengalami batuk dan bersin.

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Elakkan daripada berkunjung ke tempat yang sesak

Kawasan tumpuan khalayak sememangnya tinggi dengan risiko untuk mendapat sebarang jangkitan virus. Jika boleh, hindarilah daripada pergi ke lokasi seperti itu terutamanya apabila terdapat anak kecil bersama anda. Golongan kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan sebarang wabak virus kerana sistem imun mereka jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan golongan remaja dan juga dewasa.

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gambar sekadar hiasan

Sumber: SinarHarian & Hello Doktor

Tags: anakcutikeluargaKoronavirusSingapuraTipsviruswabak

Related Posts

Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gaya Hidup

Anak Baru Berusia Kurang 5 Bulan, Bapa Tenang Bawa Pergi Hiking Tanpa Carrier

6th February 2023
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Cinta & Perhubungan

Isu Poligami, Suami Aleeya Ulas – “Jika Tambah 2 3 Bini, Lintang Pukang Hidup”

1st February 2023
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Cinta & Perhubungan

Sanggup Rampas Suami Orang, Pelajar Mata Duitan Nekad Goda Pensyarah Sendiri

27th January 2023
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti
Gaya Hidup

Bising Buat Live Tiktok Sampai Ganggu Jiran, Wanita Terkejut Tiba-Tiba Dijerkah

26th January 2023
Next Post
Koronavirus Dah Singgah Singapura, Ikut 5 Tips Elak Berjangkit Ketika Bercuti

Kalau Mahu Isteri Hari-Hari Tampil Cantik, Jangan Biar Mereka Tidur Tak Cukup

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)