Bagi orang yang masih berkemampuan, musim Perintah Kawalan Pergerakan mungkin tidak menjadi sebarang masalah. Namun bagi keluarga yang kurang bernasib baik, masing-masing sudah runsing memikirkan kelangsungan hidup mereka apalagi hendak menanti sehingga 14 April nanti. Mungkin ramai yang tidak sedar akan hakikat tersebut. Namun tahukah anda, sesetengahnya semakin tersepit lebih-lebih lagi melibatkan urusan keperluan anak.
BACA :Â Â Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula
Aku tak boleh dengar budak takde susu
Hal itu didedahkan melalui perkongsian seorang wanita bernama Intan Kaharuddin menerusi Twitternya. Sejak semalam, dia meluahkan rasa sayu setelah mengenangkan nasib keluarga yang susah di luar sana sepanjang tempoh sebulan ini. Dek kerana dia sendiri sudah bergelar ibu, perasaan sedih tersebut benar-benar menjentik hati jurusolek terkenal berkenaan. Sebab itulah dia bercadang untuk menghulurkan bantuan atas niat mengurangkan beban mereka yang susah.
Ibu tunggal tak cukup duit beli susu anak
Dedahnya, golongan ibu tunggal adalah yang paling ramai mengadu bahawa mereka tidak mempunyai duit untuk membeli susu anak. Lebih sayu lagi, mereka sanggup menggunakan lampin yang boleh dicuci kerana masalah kesempitan tersebut.
Dapat beli barang bantuan melalui dana orang ramai
Dengan dana serta sumbangan yang turut didermakan oleh orang ramai, akhirnya Intan dapat membeli segala barang keperluan berbentuk lampin pakai buang, susu serta bahan-bahan makanan. Dia berasa gembira kerana dapat menghulurkan bantuan berkenaan. Walaupun harganya tidaklah terlalu mahal, Intan menyifatkan itu sebagai cara agar lebih ramai boleh merasai bantuan tersebut.
Sumber : Twitter Intan Kaharuddin