Utama Viral Konon Dulu Nak Letak Di Pasar, Ramai Dedah Bapa Cepat 'Ubah Hati'...

Konon Dulu Nak Letak Di Pasar, Ramai Dedah Bapa Cepat ‘Ubah Hati’ Dengan Kucing

Hanya mereka yang pernah bela kucing di rumah saja tahu bagaimana perasaannya memiliki si bulus. Kebiasaannya, golongan bapa lah antara orang yang akan bantah membela kucing kerana bimbang ia akan beranak pinak dan kadangkala membuat pelbagai ugutan. Itulah yang dapat digambarkan dengan sikap bapa seorang pemilik akaun Twitter yang bernama Mohd. Rahizan Mahfuz menerusi perkongsian video di entri tersebut.

BACA : [VIDEO]Punyalah Menangis Teruk Masa Dukung Kucing, Ingatkan Sebab Apa Rupanya..

Kalau kucing ni beranak memang taklah nak bela..

Menurut kapsyen yang ditulis, bapanya pernah memberitahu bahawa tidak akan membela kucing jika ia beranak dan akan meletakkannya di pasar. Namun, lain pula kisah sejurus anak kucing ini dilahirkan apabila dia meminta orang lain tidak membuat bising kerana mahu membuat rakaman video dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Video ni dirakam oleh abah dengan telefon bimbit

Dalam pada itu,  Mohd. Rahizan turut berkongsi video berdurasi 27 saat hasil rakaman bapanya yang memaparkan gelagat 3 ekor anak kucing berkenaan di dalam sebuah kotak.

Dulu kalau ada kucing datang, abah halau. Sekarang..

Perkongsiannya itu telah mencuri tumpuan ramai apabila meraih hampir 30,000 retweets dan 34,000 tanda suka daripada netizen lalu membanjiri ruang komen. Malah mereka tidak ketinggalan berkongsi perkara sama tentang perangai bapa masing-masing yang bersikap sedemikian terhadap kucing.




Sumber : Twitter _jannnnnnnnnnn_

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI