Baru-baru ini, aktres popular yang bernama Nabila Huda telah menjadi perhatian ramai menerusi perkongsian fotonya bersama seekor anjing baka Husky sewaktu bercuti ke New Zealand. Walaupun pelakon tersebut memberitahu melalui kapsyen bahawa dia telah pun sertu wajahnya, namun ia tetap mendatangkan rasa kurang senang sesetengah pihak terutama sekali netizen yang beragama Islam.
BACA :Â Selamatkan 200 Anjing Liar, Doktor Ini Akui Niatnya Selalu Dipandang Serong
Adegan sedemikian dibuat tanpa rasa bersalah & dipertontonkan
Tindakan pelakon berusia 35 tahun ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas iaitu PU Syed. Oleh hal yang demikian, dia memberi teguran kepada Nabila berhubung perkara itu seperti dirujuk melalui laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi posting di laman Facebook miliknya. Menurutnya, adegan sedemikian dilakukan tanpa rasa bersalah dan menunjukkannya kepada para peminat.
Anjing termasuk dalam najis berat
Tambah PU Syed, anjing diklasifikasikan sebagai najis berat tidak kiralah ia digunakan untuk berburu mahupun sebaliknya. Dalam pada itu, dia turut berkongsikan hadis daripada Abu Hurairah R.A sebagai rujukan.
Jangan up gambar sebegitu, jadi fitnah & ikutan peminat
Jelasnya, setiap bahagian pada seekor anjing itu dikira sebagai najis seperti yang dirujuk kepada Mazhab Syafie. Tegas PU Syed lagi, seseorang itu tidak perlu berkongsi foto sebegitu kerana boleh jatuh fitnah dan menjadi ikutan kepada para peminat.
Sumber : IG Nabila Huda FB PU Syed