Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

31st December 2019
in Viral
Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi orang yang sudah lama tinggal di ibu kota Kuala Lumpur, mereka pastinya sangat sedia maklum tentang pelbagai jalan ‘berselirat’ di sana. Bahkan semua pemandu kereta dan penunggang motosikal harus berhati-hati ketika berada di atas jalan raya kerana kejadian tidak diingini mudah sahaja berlaku tanpa diduga dalam sekelip mata. Demikianlah kata-kata yang mampu diluahkan saat mengenang semula nasib seorang gadis selepas dirinya terlibat dalam nahas ngeri beberapa hari lalu.

BACA : Berhenti Tepi Jalan Gara2 Tayar Pecah, Tak Sangka Tragedi Menimpa Couple Ini

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Terpelanting dari fly over dengan jarak 20 meter

Hasrat mencari rezeki sebagai pekerja di sebuah kedai kopi akhirnya tergendala apabila gadis bernama Noor Balkis menghadapi nahas jalan raya sewaktu menunggang motosikal. Kejadian ngeri yang berlaku di flyover LRT Abdullah Hukum sekitar Bangsar itu nyatanya begitu mengejutkan ramai memandangkan dia terpelanting sebelum terhempas ke jalan raya di bahagian bawah dengan jarak 20 meter. Bagai sukar dibayangkan oleh fikiran, namun demikianlah situasi yang diceritakan semula oleh tuan badan.

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Sebuah kereta Myvi hitam tiba-tiba ‘mencilok’

Menurut portal Remaja, dia jatuh terhempas betul-betul di hadapan sebuah kereta yang sedang menantikan lampu isyarat bertukar hijau. Memetik penjelasan daripada kakaknya iaitu Nufairiyuslina pula, adik perempuannya itu sempat juga menceritakan semula tentang kronologi saat kejadian menyedihkan itu menimpanya. Siapa menduga rupanya, sebuah kereta tiba-tiba muncul selepas ‘mencilok’ di tengah jalan raya sebelum dia memberhentikan motosikalnya serta-merta. 

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Semoga pemandu tu akan dapat balasan secepatnya

Impak brek mengejut itulah yang membuatkan badan Balkis terus ‘melayang’ sebelum jatuh dari jejambat berkenaan. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter sempat juga berkongsikan berita ngeri itu menerusi media sosial berkenaan. Selain daripada meluahkan rasa sedih memandangkan Balkis terlibat nahas sewaktu perjalanan mencari rezeki, dia turut memuat naik nombor akuan kutipan derma duit rawatan bagi sesiapa yang bermurah hati menyumbang.

Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Sumber : Portal Remaja dan Twitter Ayu Muhamad Yosoff

Tags: 20 meteradikbangsarbisikfly overgadiskakaterpelanting
Next Post
Kereta Tiba-Tiba ‘Mencilok’ Atas Jalan, Gadis Sampai Terpelanting Jatuh Flyover

Titis Susu Ibu Konon Rawat Masalah Mata, Irfan Haris Enggan Ikut Petua Aneh

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)