Sejak di bangku persekolahan lagi, setiap orang pasti menyimpan harapan tinggi untuk menyambung pelajaran ke menara gading. Malah bagi sesetengah orang, mereka berazam untuk mengubah nasib keluarga menerusi saluran pendidikan. Meskipun cabaran mahasiswa zaman sekarang sungguh luar biasa, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka menamatkan perjalanan tersebut. Malangnya, semangat itu sering kali goyah dengan sinisan daripada masyarakat umum.
BACA :Â Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Tak nak sambung belajar tapi kutuk orang…
Pelik tapi benar, masyarakat masa kini tidak lagi menganggap berkelulusan tinggi boleh menjamin masa depan yang cerah. Apalagi melihat kepada isu ribuan graduan yang terpaksa menganggur kerana gagal mendapat kerja sesuai dengan kelayakan. Tapi sebenarnya, usaha mereka tidak wajar dipersendakan dan hal itu sempat diluahkan individu bernama Ikhwan Syafiq di Twitter. Kata pemuda ini, dia sendiri kesal selepas usahanya menyambung pelajaran disifatkan sebagai membuang masa dan sia-sia.
Belajar pun ibadah…Dalam agama ada sebut
Meskipun agak putus asa selepas mendengar kata-kata negatif daripada orang sekeliling, dia tetap kuat dan cuba memekakkan telinga. Bagi mahasiswa ini sendiri, dia berpendapat bahawa semua rezeki manusia sudah tertulis rapi di tangan Allah. Bahkan sekiranya ada yang sudah berjaya meskipun tidak berpendidikan tinggi, usahlah memperlekehkan kesungguhan orang lain dalam menuntut ilmu.
Sambung belajar banyak kelebihan…
Tidak kira apa jua pilihan yang dibuat seseorang individu selepas tamatnya zaman sekolah, Ikhwan sendiri merasakan semua itu adalah hak masing-masing. Walaupun ramai berfikir bahawa menyambung belajar adalah tindakan silap, namun pemuda ini mendedahkan kualiti dirinya semakin baik memandangkan dia belajar banyak perkara baru sepanjang tempoh pengajian.
Sumber : Twitter IkhwaSyafiq