Berita Semasa Inspirasi

Lepas 18 Hari Berjuang Harungi Rawatan, Anak Sepupu Neelofa Sah Bebas COVID-19

Lepas 18 Hari Berjuang Harungi Rawatan, Anak Sepupu Neelofa Sah Bebas COVID-19

Sharing is caring!

Ancaman wabak COVID-19 sememangnya sangat berisiko tinggi dan tidak mengenal siapa sasarannya. Tidak kiralah golongan dewasa, bayi atau waima haiwan peliharaan sekali pun, ia tetap boleh disebarkan melalui titisan cecair (droplet) yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau sentuhan secara langsung.

BACA: Positif COVID-19 Masa Isteri Sarat Hamil, Kisah Ini Buat Ramai Perokok Insaf


Anak sepupu Neelofa positif COVID-19…dijangkiti ahli keluarga pulang dari luar negara

Malah sekitar bulan lepas, pengacara terkenal Neelofa berkongsi berita sedih apabila anak kepada sepupunya yang menetap di Brunei telah menghidap pandemik tersebut. Bayi yang ketika itu berusia 6 bulan tersebut dipercayai positif COVID-19 gara-gara mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.

View this post on Instagram

Oh my heart 💔 I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough… 😢😭 we will fight this together sayang … mummy will always be here for you .. Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough ..she’s perfectly healthy.. 🤲🏻 unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad … dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier. ! Be safe everyone ! and stay home Please keep my baby girl and my family in your Doa 🤲🏻❤️😭

A post shared by NoorCahaya (@missnoorcahaya) on

Alhamdulillah lepas 18 hari Noor Sameera telah sembuh & balik rumah semula

Namun menerusi perkembangan terbaru di laman Instagram milik Noor Cahaya, anak perempuannya itu difahamkan telah pun pulih daripada jangkitan koronavirus berkenaan. Menurutnya, si cilik yang bernama Noor Sameera Mohd. Nazlee ini telah bebas daripada virus itu sekali gus boleh dibawa pulang ke rumah selepas 18 hari menjalani sesi rawatan di salah sebuah pusat perubatan di sana. Selain menitipkan setinggi-tinggi rasa syukur atas berita itu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dan mendoakan mereka sekeluarga semasa berhadapan dengan musibah ini.


Sumber: IG missnoorcahaya


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram