Semalam, ‘Lagu Cinta Kita’ musim ke-2 sekali lagi menjemput Ajai untuk menjadi juri jemputan atas permintaan ramai. Di samping itu, episod terbaru kali ini menampilkan 7 gandingan peserta untuk berduet menyanyikan lagu cinta yang mereka pilih.
BACA:Â [VIDEO] Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Pula Buat Perangai ‘Gila’ Di IG
Bawa lagu Afgan, berjaya yakinkan semua juri untuk tekan butang buzzer
Antara yang bertanding dalam episod 2 malam tadi adalah Mya dan Iss Arffan mendendangkan lagu daripada penyanyi Indonesia Afgan iaitu ‘Terima Kasih Cinta’. Pentas hati itu berjaya dicantumkan apabila ketiga-tiga juri menekan butang buzzer sebagai tanda menyukai persembahan duet berkenaan.
Ajai & mummy Mas Idayu bertekak lagi, kali ni Hael Husaini berjoget pulak di tengah
Walau bagaimanapun, Ajai dan Mas Idayu sekali lagi tidak bersependapat serta mula bertekak ketika memberikan komen. Dalam kekecohan tersebut, Hael Husaini yang sedang duduk di tengah-tengah pula bangun menari untuk kurangkan tekanan antara para juri. Dia malah tampil memberikan komen yang bersifat lebih neutral selain turut memuji band kerana berjaya membuat arrangement sesuai untuk Mya dan Iss Arffan.
Dah tak tahu nak redakan macam mana la tu, baik buat TikTok katanya…
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat penyanyi berusia 32 tahun berkenaan. Di samping itu, ramai netizen juga berseloroh menyatakan Hael seperti seorang anak yang tersepit ketika mak dan ayah bertekak.
Sumber: IG hhdn_central, YouTube TV3MALAYSIA Official