Semalam, kecoh di media sosial mengenai sikap tak tahu dek untung ‘kluster kayangan’ selepas diberikan layanan first class sepanjang tempoh kuarantin. Selain berlagak seperti diva, sikap tidak bertanggungjawab dan menjengkelkan telah membangkitan kemarahan rata-rata netizen.
BACA :Â “You Tak Kenal Siapa I..” –Â Kluster Kayangan Tunjuk Belang Lepas Ditegur Doktor
Macam tongkang pecah & tak tahu dek untung
Menerusi beberapa foto yang tersebar luas di media sosial, memaparkan keadaan bilik penginapan kuarantin ditinggalkan dalam keadaan tidak ubah seperti ‘tongkang pecah’. Selain merosakkan barangan, penghuni tersebut turut menyepahkan bilik. Bukan sahaja air yang tumpah tidak dilap, malahan bekas sisa makanan juga tidak dibuang ke dalam tong sampah.
Individu terbabit berjaya ditahan & dipercayai telah mencetuskan kekecohan
Bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, seorang penghuni bilik kuarantin COVID-19 di sebuah hotel di Kuching telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didakwa menyebabakan kerosakan beberapa peralatan dalam bilik tersebut. Laporan lanjut juga mengatakan individu terbabit turut membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan.
Disyaki mengalami masalah psikologi & kini sedang dirawat
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, lelaki berusia 23 tahun itu sebelum ini baru tiba dari luar Sarawak dan sedang menjalani proses kuarantin sejak 2 Mei lalu. Dia bagaimanapun telah dirujuk di bawah KKM untuk pemeriksaan lanjut dan disyaki mengalami masalah gangguan psikologi.
Sumber : Harian Metro