Naim Daniel telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-34 walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama di pentas berprestij tersebut. Selain berjaya menewaskan beberapa finalis hebat lain, kejayaan menerusi lagu ‘Sumpah’ itu sekali gus membolehkannya untuk membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50 ribu di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu lepas.
BACA: “Berdebar Rasanya..” – 6 Bulan Nikah, Hadi & Dayana Bakal Timang Anak Sulung
Saya tak nak duit…cuma mahu Naim jujur tentang ‘Sumpah’
Namun baru-baru ini pula, Dayana Amerda menggesa selebriti berusia 23 tahun tersebut agar bersikap jujur dan memaklumkan tentang perkara sebenar tentang isu hak penciptaan lagu berkenaan. Memetik laporan portal Harian Metro baru-baru ini, dia juga meminta Naim supaya mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama ketika ditemui dalam sebuah sidang media bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya. Walau bagaimanapun, dia tidak menafikan tuntutan itu dibuat atas dasar mahukan royalti lagu terbabit.
Beri tempoh seminggu saja untuk buat pengakuan
Penyandang juara program realiti Idola Kecil musim kedua itu juga memaklumkan bahawa dia memiliki beberapa bukti kukuh yang boleh menunjukkan bahawa karya itu sememangnya merupakan lagu ciptaan bersama. Susulan itu, pihaknya memberikan tempoh selama 7 hari sahaja untuk Naim tampil membuat pengakuan berhubung dakwaan tersebut. Tahun lalu, Dayana sendiri pernah mengakui bahawa lagu tersebut ditulis pada 2015 ketika mereka masih bercinta.
Sumber:Â Harian Metro & IG dayanaamerda