Walaupun menyedihkan, tapi episod putus cinta dalam perhubungan sebenarnya perkara normal. Maka ketika itu ramai orang akan menyuruh kita untuk move on dan tidak bersedih terlalu lama kerana bimbang bakal menjejaskan kesihatan serta perasaan sendiri. Walaupun tidak semudah ABC atau 123, namun hidup perlu diteruskan seperti biasa meskipun jiwa belum pulih sepenuhnya. Demikianlah lumrah kehidupan yang pasti dilalui oleh rata-rata masyarakat di luar sana.
BACA : 7 Tahun Bercinta Akhirnya Terputus, Azab Nak Move On Sampai 3 Tahun Lamanya
Putus cinta bukan pengakhiran segala-galanya
Tidak terkecuali, selebriti wanita popular iaitu Neelofa juga mengakui pernah berhadapan situasi pahit itu. Pengalaman tersebut dikongsikan secara ekslusif menerusi sebuah rancangan televisyen sebelum menjadi tular di media sosial. Apa yang diperkatakan oleh bekas pengacara MeleTOP ini mungkin boleh menjadi pengajaran untuk orang di luar sana sekali gus membuktikan bahawa putus cinta bukanlah pengakhiran segala-galanya.
Kalau kecewa kena bangkit, bukan berkurung dalam bilik
Pernah mengalami 2 detik perpisahan, dia tidak menafikan bahawa perasaannya ketika itu benar-benar merana. Tambahan lagi, ketika itu usianya juga masih lagi muda di mana dia turut buntu memikirkan hala tuju kehidupan. Enggan lagi terbuai lebih lama dalam fasa itu dengan, dia menggunakan segala rasa kecewa untuk bangkit semula meneruskan rutin harian. Aktif mengusahakan perniagaan tudung dan kosmetik, dia mula menyibukkan diri sehingga mencapai hasil positif.
Heart broken? Channel your feelings in a good way. Bukan menangis berkurung dalam bilik!
“With or without you im still a strong women, I can do something else..bigger things!”
Thank you @Neelofa ! This is very inspiring 🔥💕#womenpower pic.twitter.com/L3PwaqFpLK
— Sab • Fever Glam Cosmetics (@SabrinaShuhaim1) February 3, 2020
Ada teman lelaki atau tak, aku boleh jadi lebih baik
Dalam masa sama, kebangkitan tersebut juga membuktikan bahawa dirinya boleh menjadi seseorang yang lebih baik tidak kira sama ada insan istimewa itu bersama dengannya mahupun tidak. Bukan sahaja pada perpisahan kali pertama, malahan dia terus cekal dan menggunakan kaedah move on yang sama sewaktu kecewa kali kedua.
Sumber : Twitter SabrinaShuhaim1