Berhijrah ke arah kebaikan merupakan matlamat yang perlu disemat dalam diri setiap insan. Biarlah siapa kita pada masa lalu, namun kesungguhan untuk memperbaiki diri merupakan usaha yang patut dipuji. Begitulah ungkapan yang paling sesuai untuk menerangkan perubahan seorang pengacara yang pernah dikenali gara-gara warna rambutnya, Hazeman Huzir. Haze yang dilihat semakin positif mengumumkan dia bakal berangkat mengerjakan umrah dalam masa terdekat.
BACA: Tak Pandai Berdakwah,Ini Teguran Sentap Haze Buat Da’i Wan dan PU Amin
Sebelum ini, pengacara Motif Viral itu mengumumkan bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat melalui Instagram Story miliknya. Selepas itu, Haze juga dilihat kerap mendalami ilmu agama sebelum berangkat ke Tanah Suci. Dalam kemaskini terbaru, Haze ada berkongsi gambar beserta kapsyen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebelum dia berangkat ke Madinah. Selain memberitahu khabar gembira tersebut, dia juga sempat mengimbas kembali pengalaman yang pernah dilalui oleh nenek dan moyang dahulu ke Tanah Suci.
Dulu ada yang guna kapal laut
Mengikut tradisi, ada nenek moyang dahulu berangkat ke Mekah menggunakan kapal laut. Disebabkan itu, mereka akan mengutuskan wasiat sebelum mereka berangkat ke sana.Â
“Kalau apa-apa terjadi, itulah harta yang saya tinggalkan buat kalian”
Mengambil iktibar daripada jemaah zaman dahulu, dia juga menulis sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini maka ada dua jenis harta yang ditinggalkan buat peminat dan ahli keluarga. Harta daripada segi kebendaan untuk ahli keluarga dan harta virtual untuk peminat dan pengikutnya.Â
Mengakhiri kapsyen, andai terjadi sesuatu pada dirinya, dia berharap segala karya dan penampilannya di Televisyen mahupun Youtube terus disimpan. Malah, memohon semua untuk menjaga segala aib dia pada masa lalu.Â
Sumber: Instagram Hazeman Huzir