Viral

Jumlah Yuran Tertunggak Cecah RM144 Ribu, Pelajar Medic Tagih Bantuan Ramai

Ramai yang mengimpikan untuk belajar di luar negara. Namun begitu, tidak mudah untuk menghadapi cabaran ini kerana bukan sahaja perlu menanggung rindu kepada keluarga yang jauh di mata. Malah, yuran pengajian dan kos sara hidup yang tinggi juga antara beban yang perlu ditanggung sepanjang berkelana di negara orang. Baru-baru ini, seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan mendedahkan tentang krisis kewangan yang sedang dihadapinya.

BACA: Dulu Penoreh Getah, Belajar Setakat Darjah 4.. Demi Cucu Mak Terbang Ke Jerman

Tunggakan yuran sebanyak RM 144,000

Advertisement

Menerusi posting dibuat di laman Facebook miliknya, saudara Irfan Khir adalah merupakan pelajar di Universiti Zagazig, Mesir dijangkakan akan menamatkan pengajian pada Mac tahun hadapan. Tetapi, tunggakan yuran pengajian sebanyak RM 144,000 telah menyebabkan dirinya memohon sumbangan ikhlas di laman media sosial. Irfan juga mendedahkan perkara sama di Twitter miliknya.

Advertisement

Advertisement

Boleh didenda kalau tak jelaskan hutang segera

Sebelum memuat naik status berkenaan, pelajar ini turut menjelaskan bahawa dia telah mencari alternatif lain bagi menyelesaikan kemelut tersebut namun tidak berhasil. Lebih menyedihkan lagi, Irfan dan beberapa lagi rakan seperjuangannya bakal dikenakan denda yang lebih tinggi sekiranya tidak dapat melunaskan hutang itu. Oleh sebab itu, dia berharap agar jumlah bantuan mencukupi menjelang Februari nanti. Pelajar jurusan perubatan ini juga telah menyediakan maklumat berkaitan buat mereka yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. 

Advertisement

Update kutipan setakat ini RM 1,300

Advertisement

Pekongsian itu telah mendapat perhatian dan sambutan yang baik daripada netizen setakat ini. Malah dia sempat memberikan update jumlah kutipannya setakat malam tadi telah mencecah sebanyak RM 1,300. Ramai mendoakan agar masalah dihadapi oleh pemuda ini selesai. Tidak kurangnya juga ada pihak rasa prihatin dengan nasib pelajar ini dengan berkongsi maklumat untuk membantu. 

Advertisement

Sumber: Twitter irfankhir & Facebook Irfan Khir 

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram