Tidak dinafikan, kafein mempunyai manfaat tersendiri terhadap sudut kesihatan. Namun bergantung kepada penerimaan setiap orang, pengambilannya boleh mengundang padah lebih-lebih lagi jika diambil dalam kuantiti berlebihan. Bercakap tentang kafein, siapa sahaja yang tidak mengetahui minuman terkini yang sudah viral iaitu kopi dalgona? Bahan serta cara bancuhan yang semudah 123 membuatkan ramai ‘menggila’ untuk mencubanya.
BACA :Â [VIDEO] Padah Cuba Kopi Dalgona, Lihat Apa Yang Jadi Pada Ain Edruce Suaminy
Sesak nafas…Buat ujian jantung sebanyak tiga kali
Namun mengejutkan, individu yang tidak tahan dengan pengambilan minuman berkafein diingatkan untuk fikir dua kali sebelum mencuba kopi dalgona. Pengalaman negeri yang dikongsikan oleh seorang penggun Facebook ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Mengalami sesak nafas dan degupan jantung menjadi laju, dia akhirnya terpaksa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
Paranoid sampai rasa ada anxiety
Dalam pada itu, Betty Rahmad juga berkongsikan pengalaman yang seakan-akan sama dengan individu tadi. Teruja melihat trend media sosial, dia mengambil keputusan untuk menikmati kopi itu sebelum menemui jalan penyesalan. Bukan sekadar menjadi hyper, malahan ia melarat kepada anxiety dan masalah sukar tidur. Bahkan sehingga ke hari ini, kesan pengambilan minuman tersebut iaitu badan terasa berangin masih lagi boleh dirasai.
Sumber : Instagram Betty Rahmad dan Facebook Azzue Abdullah