Menghitung hari untuk bergelar suami isteri secara halal adalah detik yang paling dinanti-nantikan oleh bakal mempelai. 1001 persiapan bermula dengan jemputan tetamu, katering, busana mahupun barangan hantaran akan dipastikan siap sepenuhnya supaya majlis berjalan lancar. Namun bagi seorang wanita ini, hasrat untuk menaiki pelamin bersama bakal suami tercinta tidak kesampaian kerana lelaki berkenaan terlebih dahulu dijemput pulang ke rahmatullah.
BACA :Â [VIDEO] Bahana Overdose Main Game, Pemuda Ini Sampai Jadi Gila Tapi Rupanya..
Tunang kakak saya hembus nafas terakhir
Kisah sebak itu mula dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Putri yang juga adiik perempuan kepada wanita berkenaan. Mula viral sejak beberapa hari lalu, perkongsian tersebut nampaknya berjaya meruntun jiwa para netizen. Dalam perkongsian berita itu, Putri sempat meminta orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah kepada bakal abang iparnya itu.
Kita jumpa di sana
Melihat kepada screenshot IG Story tuan badan, Fatiah sendiri nampak sedih dengan pemergian tersebut. Namun dia tetap akur dan berjanji akan meneruskan hidupnya sehabis baik meskipun ketiadaan teman istimewanya itu di sisi. Menurut wanita ini lagi, bakal suaminya itu memiliki peribadi yang baik dan sentiasa bersama dalam susah senangnya selama ini.
Tak boleh bayang…Sedang menuju hari bahagia then aku hilang dia?
Bagi si adik pula, dia berharap kakaknya itu terus kuat mendepani hidup. Kebanyakan netizen yang mengetahui tentang berita duka ini turut menitipkan kata semangat. Andai kata diri mereka berada dalam situasi berkenaan, pastinya jiwa juga sedih dengan kehilangan berkenaan.
Sumber : Twitter Putri