Viral

[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah

[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah
Rasaflix

Sharing is caring!

Menunaikan ibadah ke Tanah Suci pastinya menjadi impian setiap Musl1m dalam hidup mereka. Memang benar setiap orang akan menerima ‘seruan’ sebelum terbuka hati untuk ke sana, namun niat baik tersebut sudah tentu akan dipermudahkan dalam pelbagai cara sekiranya kita bergantung harap kepada Allah. Mungkin begitulah perumpamaan sesuai menggambarkan kegigihan seorang warga emas ini ketika nekad ke Makkah menaiki basikal sahaja.

BACA : Cikgu Hadiahkan Duit Sebab UPSR Dapat 6A, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Murid Ini

Moga impian pak cik ni termakbul

Perkara mengejutkan itu dikongsikan menerusi Twitter seorang pemuda bernama Taufiq setelah terserempak dengan warga emas berkenaan di tepi jalan. Dia sempat berhenti seketika untuk berbual tentang perjuangannya yang gigih menuju ke Makkah itu. 

https://twitter.com/teefirdaus/status/1202901400742584321

Nak nangis tengok muka pak cik tu

Menjengah ke ruangan komen, ada juga beberapa orang netizen mengakui yang rupanya pernah bertemu dengan warga emas ini di sekitar Terengganu serta Kelantan. Dalam pada itu, rata-ratanya dilihat memberikan kata-kata positif dan merasa syahdu dengan kegigihannya mengayuh basikal untuk menjalankan ibadah di jalan Allah.


[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah [VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah [VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah

Bulan lepas dekat Besut, Terengganu.

[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah

Kakak saya jumpa dia dekat Bachok, Kelantan.

[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah

Bukan kayuhan pertama

Dia yang bernama Sitdek Ahmad Ali (62 tahun) itu memulakan kayuhan di Putrajaya seterusnya melalui Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan serta Arab Saudi. Walaupun kedengaran agak mustahil, namun dia berkata itu sudah menjadi impiannya selama ini. Bahkan ini bukanlah kali pertama dia membuat kayuhan solo. Menurut laporan daripada Harian Metro lagi, sebelum ini dirinya pernah berbasikal keliling Semenanjung Malaysia juga dari Melaka menuju ke China.


Sumber : Twitter Taufiq dan Harian Metro

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Gigih Kayuh Basikal Ke Makkah, Ramai Sedih Dengar Pak Cik Termengah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram