Utama Hiburan "Jangan Ulas Tanpa Tahu Isu Sebenar.." - Lelaki Ini Dedah Sinopsis Drama...

“Jangan Ulas Tanpa Tahu Isu Sebenar..” – Lelaki Ini Dedah Sinopsis Drama Tahfiz

Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di segenap ruangan media sosial mengenai poster kontroversi sebuah drama yang bakal diterbitkan di RTM. Hal ini kerana ramai netizen memberikan pendapat masing-masing bahawa karya ini hanya menjejaskan pandangan masyarakat terhadap institusi tahfiz. Malah ada juga yang sudah membuat petisyen dalam usaha untuk mengumpulkan persetujuan ramai agar memboikot drama yang berjudul ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ tersebut.

BACA: Dilema Kahwin Ustaz ‘Syaitan’, Suami Ugut Sebarkan Video & Gambar Luc*h Isteri!

Drama tak tayang lagi…tapi ulasannya macam dah khatam 10 kali cerita ini




Gara-gara bermacam jenis pendapat telah pun dilontarkan di alam maya, seorang pengguna FB bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini ternyata mengambil pendekatan yang berbeza. Dia mengambil inisiatif untuk terus menghubungi penerbit drama tersebut, Fadzil Zahari yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal iaitu Datuk Farid Kamil.




Takkan Fadzil & Yana nak buat drama untuk hina tahfiz?




Sinopsis kisah ni begini..




Jangan ulas isu tanpa tanpa kita tahu perkara sebenar..

Selepas mendapat tahu tentang ringkasan mengenai drama tersebut, lelaki ini terus bertanyakan pula tentang satu babak yang menjadi perhatian ramai apabila menampilkan pelakonnya yang tidak berbaju dan seperti dihimpit ke arah dinding. Fadzil bagaimanapun menafikan babak tersebut sebagai memaparkan hubungan songsang, sebaliknya watak tersebut diugut untuk keluar daripada institusi tahfiz dalam drama ini.







Akuilah kebenarannya walaupun pahit..

Menurut Akhi Fairuz Al-Jengkawi, dia sendiri pernah berjumpa dengan beberapa jenis pelajar tahfiz termasuklah yang terpaksa menanggung derita gara-gara diliwat oleh pihak pengajar sendiri. Ujarnya walaupun situasi ini amat ‘pahit’ untuk ditelan, namun ianya sudah lama menular dalam dunia realiti. Malah katanya lagi, antara punca yang jadi penyumbang gejala ini adalah apabila anak-anak yang bermasalah dihantar terus ke pusat tahfiz konon sebagai tempat untuk mengubah sikap mereka.







Sumber: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi




Artikel Popular