Jangan Terlalu Panik & Obses, Pakar Kongsi 4 Langkah Mudah Cegah Influenza A

Walaupun baru 2 minggu masuk tahun 2020, kecoh apabila beberapa negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan dari segi bilangan individu yang disahkan menghidap Influenza A. Jangkitan virus bermusim tersebut hanya menyebabkan demam serta selsema yang ringan kepada individu biasa. Namun boleh mengakibatkan masalah kesihatan agak teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti orang yang sudah berusia, kanak-kanak kecil serta wanita mengandung. 

BACA: Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Ramai panik dengan berita tentang Influenza A

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pakar diet bernama Faizal Ms, keadaan semasa menjadi agak panik susulan berita-berita terkini mengenai virus berkenaan dikeluarkan. Ramai dilihat bersifat waspada sebagai langkah pencegahan namun agak berlebihan. Sebenarnya terdapat 4 langkah utama dalam mencegah diri serta keluarga daripada dijangkiti virus Influenza A. 

Advertisement

Sentiasa tutup mulut ketika batuk atau bersin

Pertama, masyarakat perlu menjaga tatasusila sewaktu batuk atau bersin. Biasakan diri untuk menutup mulut ketika mengalami kedua-duanya dengan menggunakan tisu mahupun sapu tangan. Perbuatan menghalakan bersin atau batuk ke arah orang lain adalah sangat kurang sopan dan tidak bersih. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Kerap cuci tangan dan pakai topeng muka jika perlu

Seterusnya adalah berkaitan pemakaian penutup mulut atau topeng muka yang tidak perlu keterlaluan. Cukuplah sekadar menggunakannya tatkala berada di khalayak ramai atau sekiranya terdedah kepada kawasan komuniti yang kurang sihat. Selain itu, anda perlu kerap mencuci tangan supaya dapat mengelakkan penularan virus tersebut daripada merebak dengan lebih pantas. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Virus tak hidup lama di persekitaran

Langkah terakhir adalah dengan mengambil rawatan vaksinasi yang secukupnya. Walau bagaimanapun, pengambilan vaksin ini lebih mengutamakan individu  lebih berisiko seperti kanak-kanak, ibu mengandung, serta sesiapa yang sudah mempunyai sejarah masalah kesihatan kronik. Jelas Faizal lagi, virus tersebut tak hidup dengan lama di persekitaran. Malah ia hanya mampu bertahan sekitar 5 minit hingga 2 jam jika tak memasuki di badan manusia. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Hagemaru Faizal Ms

 

 

Advertisement
Advertisement