Utama Inspirasi Jangan Sibuk Dengan Hal Orang, Antara 10 Nasihat DS Aliff Syukri Buat...

Jangan Sibuk Dengan Hal Orang, Antara 10 Nasihat DS Aliff Syukri Buat Anak Muda

Jutawan kosmetik bernama Dato’ Seri Aliff Syukri tidak perlulah diperkenalkan lagi. Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam bidang perniagaan. Malah beliau telah banyak melahirkan ramai usahawan muda sehingga berjaya. Tambahan pula baru-baru ini beliau menerima Asean Outstanding Buisness Award setanding ahli perniagaan hebat yang lain. Seperti perkongsian pemilik akaun Facebook bernama Nur Aliah Mohd Nor tentang figura hebat ini.

BACA : “Kalau Tidak Kerana Agama Mana Mungkin Dia Sehebat Ini..” – Bonda Rozita

10 nasihat rahsia untuk anak-anak muda

Menurut kapsyen yang ditulis, Nur Aliah telah berpeluang berjumpa dengan Dato’ Aliff di rumahnya untuk berbincang soal perniagaan. Sepanjang perbincangan tersebut, dia telah mengambil 10 nasihat rahsia beliau buat anak muda untuk dijadikan inspirasi dan motivasi.

Jangan takut ke depan, percaya pada rezeki

Salah satu untuk terus maju ke hadapan adalah jangan takut apabila membuat sesuatu perkara yang diingini. Beliau turut berpendapat agar semua orang perlu percaya pada rezeki dan perlu bijak dalam mengumpulkan orang untuk sesuatu perniagaan. 




Jangan sibuk hal orang lain

Di samping itu juga, Dato’ Aliff sangat memilih untuk pergi ke sesuatu event kerana beliau sangat menjaga masanya. Malah anak muda juga disaran untuk memberi fokus sepenuhnya dengan kemahuan masing-masing dan tidak sibuk dengan orang lain. Paling menarik, beliau bernazar kepada Allah SWT untuk membawa ahli keluarganya menunaikan umrah sekiranya diberi rezeki kekayaan.

Semoga memberi manfaat

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian tuan badan sendiri. Malahan beliau berharap agar ia memberi manfaat kepada orang-orang yang membacanya.

Sumber : FB Nur Aliah Mohd Nor , Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI