Mempunyai suami yang baik sahaja tidak mencukupi sebagai syarat untuk mendapat rumah tangga bahagia. Apa guna ada suami yang baik sekiranya hubungan dengan ibu mentua tidak terjaga bukan? Apabila bercakap perihal mentua ini, ia seakan-akan menjadi mimpi ngeri buat sesetengah wanita memandangkan begitu banyak kisah tentang keruntuhan rumah tangga melibatkan pihak berkenaan yang menjadi viral. Tak cukup dengan itu, isu tersebut turut digambarkan dalam kebanyakan drama di kaca televisyen.
BACA : Kalau Tidak Kerana Agama Mana Mungkin Dia Sehebat Ini.. Bonda Rozita
Kalau tidak kerana agama, mana mungkin dia sehebat ini
Namun bagi usahawan kosmetik terkenal bernama Datin Seri Shahida, dia nampaknya beruntung kerana dikurniakan mentua yang baik. Malahan apabila menjengah kepada Instagram Bonda Rozita sendiri, dapat dilihat bahawa hubungannya dengan menantu begitu akrab kerana banyak berkongsikan gambar bersama. Tidak cukup dengan itu, dia juga ada menitipkan pujian dan sangat menghargai Datin Shahda sebagai ibu kepada cucu-cucunya.
Jangan doa dapat suami baik saja
Perkongsian Bonda Rozita yang dimuat naik sejak September lalu itu juga menarik perhatian warga Twitter. Mula dikongsikan semula oleh pengguna akaun bernama @Sab, postingnya sudah pun meraih lebih 13,000 jumlah retweet dan nampaknya netizen juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan selepas melihat hubungan Bonda Rozita dan Datin Shahida. Kebanyakan wanita sering berharap untuk dikurniakan teman hidup terbaik sehingga terlupa untuk menyelitkan sekali doa tentang ibu mentua.
Yang masih belum kahwin, tukarlah doa ye?
Menurut Sab lagi, dia juga tidak pernah memohon kepada Allah untuk dikurniakan keluarga mentua yang baik. Namun begitu, wanita ini sangat bersyukur kerana dia masih diberikan peluang tersebut. Justeru itu, dia berharap agar orang-orang yang masih belum berkahwin dapat memperbetulkan permintaan dalam doa masing-masing.
Sumber : Instagram Bonda Rozita dan Twitter Sab