Utama Berita Semasa Elak Cerita ‘Hal Dalam Kain’ Di Media Sosial Jika Tak Nak Rumah...

Elak Cerita ‘Hal Dalam Kain’ Di Media Sosial Jika Tak Nak Rumah Tangga Hancur

Ibarat sudah menjadi trend para suami atau isteri zaman sekarang menceritakan keburukan masing-masing di laman media sosial. Dalam tidak sedar, sebenarnya mereka telah membuka pekung di dada sendiri sehingga sampai ke pengetahuan rakan mahupun ahli keluarga di entri berkenaan. Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut, pengendali akaun Facebook Fahmi Ramli yang juga merupakan seorang peguam tampil membuat perkongsian mengenai perkara itu.

BACA : Konon Burukkan Bekas Tunang, Pengurus Syafie Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Gambar Sekadar Hiasan

Perangai cerita hal dalam kain di Facebook

Menerusi penulisannya, Fahmi memberitahu bahawa ia adalah isu serius kerana mereka kadangkala sampai ke tahap saling berbalas komen sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Disebabkan itu juga, dia mahu mengaitkan isu berkenaan kepada situasi di dalam mahkamah syariah. 

Advertisement




Aibkan suami/isteri, dapat berpisah secara Hakam

Jelas Fahmi, budaya mengaibkan partner dalam rumah tangga ini sebenarnya dinilai sebagai perbalahan yang amat serius dalam perhubungan. Dedahnya lagi, situasi itu pernah berlaku di mahkamah dan sukar untuk dinafikan bahawa keretakan rumah tangga berpunca daripada sikap sedemikian.

Isteri tuntut fasakh kalau diaibkan oleh suami

Selain itu juga, terdapat beberapa isu berkaitan fasakh apabila si suami mengaibkan isteri di media sosial. Isteri rupanya boleh menuntut fasakh atas alasan yang ditetapkan untuk membubarkan ikatan perkahwinan di bawah hukum syarak.

Gambar Sekadar Hiasan

Suami isteri boleh nusyuz jika..

Tambah peguam ini lagi, perbuatan tersebut boleh terjerumus kepada perlakuan nusyuz sehingga isteri enggan bersama suami dan melarikan diri dari rumah kerana berkecil hati. Begitu juga sebaliknya apabila si suami bertindak kasar terhadap isteri dek kerana tindakannya membuka pekung di dada.

Advertisement




Isteri boleh tuntut ‘sagu hati’ daripada bekas suami jika tak salah

Di samping itu juga, ada beberapa perkara yang boleh dituntut oleh isteri terhadap bekas suami jika kesilapan itu bukanlah disebabkan diri sendiri sejurus berlaku perpisahan. 

Ingatlah tanggungjawab buat baik & jaga aib/maruah

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu bahawa berkemungkinan terdapat beberapa perkara yang relevan berkaitan dengan isu mengaibkan suami isteri ini. Mereka perlulah sentiasa berbuat baik dan menjadi satu kewajipan untuk memelihara maruah atau aib masing-masing.

Sumber : FB Khairul Fahmi

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement