Demi menyara keluarga, baik mak mahupun ayah selalu meluangkan lebih banyak masa di tempat kerja. Akibatnya, masa yang diluangkan bersama anak-anak akan lebih singkat dan dikhuatiri mereka akan terasa seperti diabaikan.
BACA: Disahkan Positif Lepas Balik Eropah, Ibu Syukur Lahirkan Bayi Kebal Covid-19
Hairan isteri ada time dengan anak…belajar cipta masa main dengan mereka
Menerusi posting di laman Twitter, Dr.Redza Zainol tertanya-tanya mengapa isterinya boleh membahagi masa sebaik mungkin kepada anak-anak mereka. Menjawab persoalan tersebut, walaupun penat bekerja isterinya tetap akan usaha mencipta masa bersama anak-anak.
Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa.
Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.
Terpelanting saya dibuatnya.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak.
Tau-tau je anak dah besar.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
✅ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✅ Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.
✅ Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
Guna 15 minit je, boleh buat anak rasa dihargai…alert & ulang semula tingkah laku mereka
Gara-gara itu, beliau telah berkongsi 5 tips yang boleh dipraktikkan ibu bapa dalam jangka masa 15 minit sahaja. Katanya selain daripada alert serta memberi respon segera, ibu bapa digalakkan untuk memuji tingkah laku si manja juga supaya mereka akan terasa lebih dihargai.
2) Beri respon segera
Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa", kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.
Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
Ajuk kelakuan anak…elakkan menjadi parents yang lemau
Semasa waktu bermain, parents perlu ajuk tingkah laku si comel serta belajar menghuraikan perbuatan anak-anak misalnya meneka dan menjawab apa yang sedang dilakukan. Tegasnya lagi, ibu bapa juga perlu bersemangat dalam melayan karenah anak-anak maka secara tak langsung si cilik berkenaan akan kurang menghabiskan masa pada gajet.
4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.
Contoh:
"Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) December 28, 2020
Sumber: Twitter Redza Zainol