Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan tentang topik Zulfarhan di media sosial. Rata-rata netizen mendoakan agar keadilan menjadi milik keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini. Dalam pada itu satu tweet daripada seorang pengguna Twitter bernama @very_duli telah menjadi perhatian apabila dia berkongsikan semula potongan gambar yang memaparkan kenyataan salah seorang saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu Zulfarhan di mahkamah.Â
BACA:Â Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Baca ni dan saya menangis
Individu tersebut merupakan saksi ke-18 yang dikenali sebagai Nurul Syuhada. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah hubungannya dengan Zulfarhan yang ditulis pihak media sebagai teman wanita. Difahamkan, Zulfarhan ada menghantar mesej kepadanya dan mengadu bahawa dia telah dibeIasah teruk. Allahyarham juga sempat berpesan padanya untuk mencarikan individu yang bertanggungjawab mencuri laptop tersebut selain berpesan supaya Syuhada menjaga diri.Â
Susulan tweet itu, ramai netizen yang memberikan komen berbaur simpati dan berasa sedih. Mereka tertanya-tanya apakah yang dirasai gadis itu selepas teman lelakinya pergi dalam keadaan yang sungguh tragis. Penularan tweet itu telah menjadi perhatian adik perempuan Zulfarhan, iaitu Zulfaiqah. Enggan masyarakat terus dibelenggu dengan kekeliruan dan perkara yang tidak sahih, Faiqah telah tampil memberikan penjelasannya.Â
Syuhada sebenarnya bukan girlfriend Along
Tegas Faiqah, dia dan keluarga sebenarnya tidak mengenali gadis yang bernama Syuhada itu kerana tidak tahu-menahu hubungan istimewanya dengan Zulfarhan. Sebaliknya, Faiqah menjelaskan hanya terdapat seorang gadis sahaja yang dia dan keluarga yakin merupakan teman wanita Zulfarhan, iaitu Tasya, bukannya Syuhada.Â
Dia mesti tahu nombor telefon ibu
Jelas Faiqah lagi jika benar Syuhada adalah teman wanita abangnya, gadis itu pasti tahu tentang nombor telefon ibunya tetapi Syuhada tidak tahu.Â
Kami kenal sorang je girlfriend abang. Tasha
Berikut adalah antara status dan posting sedih yang pernah dimuatnaik oleh Tasha di Instagramnya sejurus selepas Zulfarhan pergi.Â
Kami pelik netizen dakwa mereka dah putus
Walau bagaimanapun, Faiqah tidak pasti tentang status hubungan abangnya dengan Tasha sebelum pemergiannya kerana Allahyarham sendiri tidak pernah memberitahu keluarga mereka apa-apa tentang itu.Â
Sumber: mStar Online, Twitter very_duli