Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

30th August 2019
in Artis, Berita Semasa, Hiburan
Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini, tular kisah seorang penyanyi lelaki yang mendapat jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan berkelahi dengan seorang pekerja stesen minyak. Lantaran isu tersebut, ramai netizen telah membuat andaian tentang siapa penyanyi muda yang dimaksudkan. Antara nama artis yang terpalit dengan isu ini adalah Fareez Fauzi dan seorang lagi penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli. 

BACA: Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark Adam

Menyorot kronologi, suspek berasa tidak puas hati dengan pekerja stesen minyak tersebut apabila dia ingin membayar menggunakan kad kredit untuk minuman yang dibeli tetapi tak boleh. Lebih teruk lagi, suspek bertindak mencek1k pekerja stesen minyak itu sebelum akhirnya dia ditahan polis. 

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat
Gambar sekadar hiasan

Terdahulu, Fareez Fauzi ada membuat kenyataan bahawa dia bukanlah individu yang dimaksudkan sebaliknya hanya menemani suspek ke stesen minyak tersebut. Kini, Haqiem Rusli pula telah memuat naik tweets di Twitter miliknya bagi menerangkan situasi yang sebenar.

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Jangan tuduh melulu atau mengaibkan. Saya dekat belakang pentas ni sebab esok ada persembahan untuk Muzikal Lawak Superstar – Haqiem Rusli

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Tiada di tempat kejadian

Menurut Haqiem, spekulasi yang mengatakan dia adalah individu yang dimaksudkan adalah tidak benar kerana dia tidak berada di tempat kejadian langsung. Tambahan lagi, pada waktu kejadian dia ada urusan kerja di Kuala Lumpur termasuk ‘soundcheck‘ untuk sebuah program TV.

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Penyanyi itu juga berharap dengan kenyataan di Twitter itu, netizen tidak lagi salah faham terhadap dirinya. Dia juga menasihatkan orang di luar sana agar tidak menyebarkan sebarang berita yang belum sahih. 

Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Sumber: Twitter Haqiem Rusli, FB Harian Metro & mstar

Tags: bbnuberbalahberkelahibudak baru nak updedahFareez Fauzihaqiem ruslikomposermengasaripekerja stesen minyakpenyanyipenyanyi mudatidak terlibat
Next Post
Isu ‘BBNU’ Mengasari Pekerja Stesen Minyak, Haqiem Rusli Dedah Dia Tak Terlibat

Sebak! Bahan Kawan Sebab Phone 'Retak', Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)