Cinta & Perhubungan

Isteri Memang Patut Setia, Tapi Itu Bukan Alasan Perlu Tanggung Biawak Hidup

Setiap suami isteri sudah pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang kekal sehingga akhirnya. Namun masing-masing perlu menjalankan tanggungjawab supaya dapat menempuh cabaran hidup berumah tangga. Antara kunci sebuah perkahwinan yang bahagia adalah setia. Walau bagaimanapun, apalah ertinya setia jika diri diperlakukan sesuka hati serta diambil kesempatan oleh seorang insan yang bergelar suami. 

BACA: Kahwin Bukan Sekadar Tuntut Hak, Tapi Untuk Bawa Masing-Masing Ke Syurga Allah

Banyak jumpa kisah isteri bela ‘biawak hidup’

Advertisement

Menerusi artikel Mingguan Wanita, seorang Perunding Kekeluargaan, Perkahwinan dan Guaman Syarie telah berkongsi pengalamannya. Wanita berkenaan yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu sering kali perlu mengendalikan kisah-kisah rumah tangga melibatkan penganiayaan suami. Antara yang paling membuatkan dirinya hilang sabar adalah mengenai suami yang dikategorikan ‘biawak hidup’.

Gambar Sekadar Hiasan

Tanggungjawab cari nafkah pada suami bukan isteri

Tanggungjawab sebagai suami adalah untuk mencari rezeki serta menyediakan nafkah buat keluarga. Namun berbeza dengan dua kisah yang diceritakan ini apabila soal menyediakan keseluruhan keperluan keluarga terletak di bahu isteri. Si suami hanya goyang kaki dan tidak bekerja dari awal perkahwinan hinggalah usia perkahwinan mencecah puluhan tahun.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Atas nama sayang, sanggup gadai semua

Satu-satunya alasan kenapa si isteri masih bertahan adalah kerana sayang. Malah sehinggakan harta yang diperoleh sepanjang pernikahan turut diletakkan di atas nama lelaki tersebut. Walaupun pada hakikatnya isteri perlu setia dengan suami namun jika dia telah mengabaikan tanggungjawabnya, wanita itu tidak lagi perlu taat kepadanya.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Mingguan Wanita 

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram