Utama Berita Semasa Insiden Lempang Wanita Di Tengah Jalan, Isteri Suspek Buat Permohonan Maaf...

Insiden Lempang Wanita Di Tengah Jalan, Isteri Suspek Buat Permohonan Maaf…

Sejak semalam, tular satu rakaman amatur yang memaparkan tentang seorang lelaki berbaju biru yang bertindak melempang seorang pemandu wanita di sebuah kawasan persimpangan. Menurut laporan, suspek yang sedang menunggang motosikal itu telah menuduh wanita berkenaan masuk ke simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat. Bagaimanapun insiden itu segera dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

BACA: “Tak Nak Bagi Boleh Tak?” – Hanis Zalikha Luah Takut Dedah Gajet Pada Anak




Terbaru, netizen telah mendedahkan sebuah status di laman Facebook milik isteri suspek yang ingin memohon maaf atas tindakan tersebut. Tambahnya lagi, dia juga sangat bersyukur bahawa suaminya tidak mengalami apa-apa keceder4an susulan insiden terbabit, selain mengambil iktibar daripadanya.

Maaf kalau ada yang marah…semoga jadi pengajaran untuk daddy kurangkan sifat panas b4ran tu




Status itu turut mendapat sokongan daripada netizen agar mereka sekeluarga tabah dengan ujian tersebut, selain berharap agar kejadian ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang.

Moga Allah permudahkan urusan family…kuatkan semangat




Banyak-banyak sabar…




Takziah…tapi lelaki kena hormat perempuan bukan tampar macam tu

Sumber: Facebook LobakMerah




Artikel Popular