Selepas penyanyi kecil molek Sarah Suhairi menjadi juara sulung pada tahun lepas, agaknya siapa yang bakal menyerlah pula dalam pertandingan Big Stage pada tahun ini? Selaku platform terbaik untuk mengetengahkan lagi bakat nyanyian golongan muda atau lebih dikenali dengan gelaran Budak Budak Baru Nak Up (BBNU), ternyata program edisi tahun ini lebih fresh dan ada kelainan tersendiri berbanding musim sebelumnya.
BACA: “Floor 88 Gagal” -Akhirnya Disingkir, Suara Kapten Keselamatan Paling Mengancam!
Antara faktor unik yang dimaksudkan adalah pembabitan artis muda daripada 4 negara selain Malaysia iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan juga Korea Selatan. Kesemua 12 peserta pertandingan ini telah diperkenalkan dalam satu sidang media khas pada petang tadi.
Senarai penuh peserta Big Stage 2019
Antara wakil penyanyi dari Malaysia adalah Syada Amzah, Irfan Haris, Sheryl Shazwanie, Fieya Julia, Adzrin, Neeta, Kucaimars dan Santesh.
Mereka turut diiringi oleh 4 lagi BBNU yang mewakili negara masing-masing iaitu Aziz Harun (Brunei), Dinda Permata (Indonesia), Chaleeda (Thailand) dan juga yang paling menjadi perhatian ramai adalah Jang Han-Byul (Korea).
Barisan hos iaitu Alif Satar dan Sherry Al-Hadad serta Dato’ Sri Siti Nurhaliza masih lagi dikekalkan selaku juri tetap. Namun TokTi akan ditemani oleh 2 lagi penyanyi dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan yang akan bergilir kerusi juri, selain seorang lagi juri jemputan yang berlainan pada setiap minggu.
Pertandingan yang julung kalinya memasuki tembok dan pasaran antarabangsa ini akan berlangsung pada setiap Ahad jam 9 malam selama 8 minggu. Pentas tersebut bakal membuka tirainya pada 18 Ogos nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=Py6JXrl8-GU
Sumber: IG bigstageofficial, Media Hiburan & YouTube F8Buzz