Pada saat kebanyakan masyarakat sedang akur tinggal di rumah sepanjang Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) hingga hujung bulan nanti, ada sebahagian daripada mereka terpaksa keluar bagi atas sebab-sebab tertentu. Seperti warga emas yang berusia 80 tahun ini, kesempitan hidup yang dihadapinya membuatkan dia bergantung sepenuhnya kepada ihsan orang ramai. Malangnya nasib tidak menyebelahinya apabila dia didenda sebanyak RM1,000 gara-gara menunggu bantuan makanan di luar rumah.
BACA :Â Disangka Ingkar PKP, Rupanya Suami Isteri Tebalkan Muka Merayu Beli Susu Anak
Didenda RM1,000 kerana ingkar arahan PKP
Warga emas yang mesra disapa sebagai Mr Li dikatakan sedang menunggu berhampiran kawasan restoran untuk menerima bantuan makanan sekitar jam 10:30 pagi pada Sabtu lalu. Dia kemudiannya didatangi oleh beberapa anggota polis dan dikenakan denda atas alasan mengikari arahan PKP dengan bersiar-siar di luar rumah.
Keluar untuk ambil sumbangan bukan bersiar-siar
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning memaklumkan bahawa warga emas berkenaan tinggal bersendirian di sebuah rumah usang selain hidup dalam serba kekurangan. Malah demi kelangsungan hidup, Mr Li mengambil upah dengan menoreh getah dan bercucuk tanam bagi mengisi perutnya. Tambah beliau lagi, pihaknya memperuntukkan dua hidangan makanan dalam sehari di restoran berkenaan untuk membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan terjejas pendapatan semasa tempoh PKP ini. Malah beliau juga percaya bahawa Mr Li keluar untuk mengambil sumbangan tersebut.
Saya yakin dia keluar hanya untuk mengambil makanan di restoran itu.
Derita Narcolepsy, orang kampung buat kutipan derma bayar denda..
Lebih meruntun jiwa apabila warga emas berkenaan sebenarnya menghidap derita ‘Narcolepsy‘ iaitu masalah tidur, di mana seseorang itu boleh tidur secara tiba-tiba pada bila-bila masa. Mengenangkan kesusahan yang ditangung oleh Mr Li, penduduk kampung di kawasan tersebut kemudiannya membuat kutipan derma bagi membantu membayar denda tersebut.
Sumber : SinchewÂ