Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

10th April 2020
in Viral
Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah
591
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negara dalam mengekang penularan wabak COVID-19 menyaksikan pelbagai gelagat serta reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan tersebut. Malah terdapat sebahagian daripada mereka sanggup memberikan alasan yang remeh dan tidak masuk akal asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya.

BACA : Disangka Ingkar PKP, Rupanya Suami Isteri Tebalkan Muka Merayu Beli Susu Anak

Helah 3 individu licik ingkar arahan PKP..

Helah licik itu turut digunakan oleh sepasang couple bersama rakannya. Malangnya cubaan menipu pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjadi apabila masing-masing ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Perlis kira-kira jam 6 petang, semalam.

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah
Gambar Sekadar Hiasan

Mengaku adik-beradik & ingin keluar beli kicap

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, couple berkenaan masing-masing berumur 26 dan 23 tahun itu dikatakan keluar bersiar-siar bersama seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun dengan menaiki sebuah kereta. Awalnya, kesemua mereka mengaku adik beradik dan memberi alasan keluar rumah untuk membeli sebotol kicap dan beberapa barangan keperluan lain.

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

Akhirnya terkantoi lepas diasak pihak berkuasa..

Namun sebaik sahaja diminta untuk menunjukkan kad pengenalan diri, didapati nama bapa bagi ketiga-tiga individu terbabit berbeza. Mereka kemudiannya mendakwa adik-beradik tiri sebelum menukar alasan lagi sebagai suami isteri. Namun tiada sebarang bukti pernikahan ditujukkan oleh kedua-dua individu berkenaan. Akibat tidak tahan diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak berkuasa, mereka akhirnya mengaku ingin keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Perlis.

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro

Tags: adik beradikhelahindividukicapsuami isteri
Next Post
Couple Konon Nak Menipu Polis Keluar Sebab Beli Kicap, Akhirnya Terkantoi Helah

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya 'Pergi'

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)