Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100

9th March 2020
in Berita Semasa
Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Hari demi hari, tahap kebimbangan global terhadap penyebaran wabak COVID-19 dilihat semakin meruncing termasuklah di Malaysia. Meskipun ramai penghidap disahkan telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, namun bilangan positif jangkitan itu semakin bertambah.

BACA: Koronavirus Makin Teruk, Ramai Risau Zahiril Melancong Ke Jepun Tapi Rupanya..

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100
Gambar sekadar hiasan

18 individu lagi positif Covid-19…jumlah keseluruhan 117 orang

Dalam sebuah sidang media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan mendedahkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima penambahan 18 penghidap baharu yang direkodkan pada hari ini. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di negara telah meningkat seramai 117 orang. Daripada angka tersebut, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa cuma 6 patients sahaja yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100

Masyarakat perlu jaga kebersihan & tangguh perjalanan ke luar negara

Susulan makluman tersebut, KKM berharap orang ramai supaya sentiasa kurang berkunjung ke tempat awam dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi. Walaupun kedengaran agak mudah, tapi 2 cara ini terbukti efektif dalam mengawal jumlah jangkitan di China. Dalam pada itu, urusan perjalanan ke luar negara juga perlu ditangguhkan bagi mengurangkan risiko lebih-lebih lagi di wilayah terjejas. Menerusi statistik daripada WHO yang dikemaskini pada jam 8 pagi tadi pula, Itali telah menjadi negara paling terjejas akibat virus ini di luar China dengan 366 kehilangan nyawa dicatatkan manakala 16 juta penduduk di bandar atau wilayah telah dikuarantin.

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100

Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100
setakat jam 8 pagi tadi
Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Tags: 100covid 19insidenKKMKoronaviruslapororang
Next Post
Ibarat ‘Mimpi Ngeri’, Jumlah Positif COVID-19 Di Malaysia Dah Lebih Angka 100

Sejak Lahir Tiada Rahim, Datin Rebecca Kagum Kisah Wanita Terpilih Allah Ini

Gaun Floral Cantik untuk Penampilan Menawan
Kerusi Gaming Ergonomik Selesa & Tahan Lama

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)