Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur

4th September 2019
in Berita Semasa
Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Hari ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan antara peperiksaan yang tidak kurang pentingnya dalam fasa kehidupan seorang pelajar. Biarpun, ia hanyalah peperiksaan yang dibuat di peringkat sekolah rendah, namun guru-guru pastinya ingin melakukan yang terbaik untuk anak murid mereka. Buktinya, guru-guru di sebuah sekolah ini telah menjanjikan sesuatu yang unpredictable demi meningkatkan semangat murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

BACA: [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak

Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur
Gambar sekadar hiasan

Menurut sebuah portal berita, perkara itu telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Mekasar di Pasir Mas, Hamidah Ramli dalam kempennya, “Dapat ‘6A’ kita naik kapal terbang free ke Kuala Lumpur”. Malah, sejak kempen itu dijalankan beberapa bulan yang lalu seramai 2 orang berjaya memperoleh 6A dalam ujian Pra UPSR. 

“Tiket kapal terbang itu akan dibeli oleh saya sendiri” – Puan Hamidah

Menurutnya, tiket tersebut akan dibeli oleh dia sendiri memandangkan idea itu datang daripadanya. Katanya, sebagai guru besar dia perlu melakukan pelbagai cara untuk memastikan anak murid di sekolah itu mendapat keputusan yang terbaik. Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur

Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur
Kredit foto Harian Metro

Solat hajat 100 hari

Tambahan lagi, dia juga telah mengaturkan banyak aktiviti sebelum pelajar menduduki peperiksaan termasuklah melakukan program motivasi, membuat solat hajat selama 100 hari dan aktiviti belajar secara berkumpulan. 

Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur
Gambar sekadar hiasan

Guru perlu ada motivasi bukan murid sahaja

Dalam pada itu, dia juga perlu memastikan bahawa setiap pendidik mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengajar dalam keadaan yang positif. Bahkan, sebagai pendidik kita perlu tahu cara untuk mengawal emosi murid dan sentiasa memastikan anak murid tidak berputus asa.

Sumber: Facebook Harian Metro

Tags: calon upsrmekasarpasir maspelajarsekolahsekolah rendahsemangat lain macamsk mekasartiket penerbanganUPSR
Next Post
Guru Bagi Semangat Lain Macam, Ajak Calon UPSR 6A Terbang Jelajah Kuala Lumpur

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)