Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

4th September 2019
in Berita Semasa, Gaya Hidup
Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memulakan hari pendaftaran kemasukan pelajar menjelang minggu ini. Pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat memandangkan pelajar yang mendaftar merangkumi seluruh negara dan berbeza latar belakang. Namun, baru-baru ini kelibat seorang remaja perempuan yang mendaftar di salah sebuah Universiti Awam telah mendapat tumpuan media. Rupanya, pelajar perempuan ini pernah mewakili Malaysia ke China dalam satu program popular, Miss World 2018.

BACA: [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak

Gadis yang dimaksudkan itu ialah Larissa Ping Liew, 20 tahun. Menurut media tempatan, Larissa telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar kemasukan baharu di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Dia yang bakal mengikuti pengajian dalam jurusan perundangan ini berharap gelaran ratu cantik dunia yang pernah dimenanginya tahun lalu tidak memberi masalah terhadap kehidupannya di kampus. 

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

Di luar universiti, saya adalah Miss World Malaysia 2018. Namun, di dalam kampus saya hanyalah pelajar biasa. 

Menurut Larissa, dia sangat teruja dan sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan sesi pengajiannya bergelar seorang pelajar universiti. Tambahan lagi, dia juga memilih untuk kekal ‘low profile’ dan mahu dilayani sama seperti rakan-rakan yang lain di universiti tersebut. 

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

Tidak menolak tawaran modelling

Sewaktu ditanyakan mengenai karier dalam bidang peragaan pula, ratu cantik ini menjawab tidak menolak sebarang tawaran sekiranya ada. Dia juga menganggap ini adalah peluang untuk mengembangkan bakat dalam bidang peragaan, bahkan boleh mendapatkan pendapatan sampingan. 

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

Ilmu pendidikan adalah bekalan terbaik untuk masa depan

Mengakhiri perbualan ketika Minggu Haluan Siswa dan Upacara Ikrar Aku Janji Pelajar Baharu UM, dia juga memberitahu lebih mengutamakan pelajaran dan fokus mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam. Biarpun mendapat gelaran ratu cantik, dia menganggap perkara itu hanya bersifat sementara. 

Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

Sumber: Harian Metro & IG larissaping

Tags: erin sakuraiptakisah duniaLarissa Ping Liewmewakili malaysia ke chinamiss worldmiss world malaysia 2018ratu cantiktak mahu dibezakanUMUniversiti Malaya
Next Post
Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA

[VIDEO] Busy Dengan Phone Tapi Bila Suami Datang, Reaksi Isterinya Cute Habis!

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)