Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak

3rd January 2023
in Artis, Hiburan
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
693
SHARES
3.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau terserempak dengan mana-mana artis, sesiapa sahaja akan teruja dan pastinya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama sebagai kenangan apatah lagi jika selebriti berkenaan adalah yang mereka minati.

BACA:Guna Kemenyan Buat Asap, Fazura Nampak Kelibat Hantu. Ini Kisah Seram Sebalik..

Ezza Yusof, isteri kepada Remy Ishak berkongsi rakaman di TikTok memaparkan pelakon terkenal itu gigih mengambil gambar pasangan di Tasik Cermin, Ipoh, Perak, dari beberapa sudut kamera.

Bukan setakat mengambil gambar tetapi pelakon yang terkenal dengan drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut mengarahkan pasangan tersebut berdiri di posisi yang lebih menarik.

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Bagaimanapun, bukan sahaja pasangan tersebut tetapi pengunjung di lokasi pelancongan itu juga tidak menyedari identiti lelaki di sebalik topi dan topeng muka yang dipakainya.

Mungkin kerana sebahagian besar wajahnya dilindungi oleh topi dan topeng muka menyebabkan orang ramai yang mengunjungi tempat tersebut gagal mengenali identiti pelakon terkenal itu.

Video itu kemudian tular di TikTok dan wanita yang juga pemilik gambar tersebut tampil menulis komen mengakui tidak tahu lelaki yang membantu dia dan pasangan adalah Remy.

Terkejut dengan perkara itu, pengguna akaun TikTok, Unlucky Me juga berterima kasih kerana hasil bidikan Remy memuaskan hatinya.

Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak

Maklum balas daripada ‘tuan badan’ menarik ramai pengguna aplikasi itu ‘berkampung’ di ruangan komen akaun miliknya meminta wanita tersebut berkongsi gambar hasil air tangan Remy.

Meninjau di ruangan komen perkongsian, ada yang berjenaka mengatakan Remy pandai menyamar sehingga tidak ada pengunjung yang sedar keberadaannya di tempat tersebut.

Ada juga yang mengatakan Remy mungkin akan menjadi tumpuan sekiranya dia membuka topeng muka tersebut.

Kredit: TikTok Roseezza

Tags: Remy Ishak

Related Posts

Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
Artis

Bagi Kenyataan Tanpa Hujah, Adik Ipar Diana Danielle Persoal Punca Anak Trauma?

29th March 2023
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
Artis

Dipujuk Namun Tak Dilayan, Diana Tetap “Kekal” Dengan Tindakan Tak Nak Berbaik

28th March 2023
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak
Artis

Farid Ambil Langkah Cuba Memujuk, Diana Tepis Dakapan Tanda Tidak Mahu Berdamai

28th March 2023
Next Post
Gigih Tangkap Gambar Couple, Fotografer Misteri Rupanya Remy Ishak

[VIDEO] Awak Ingat Saya Nak Ke Hidung Macam Ni, Macam Babi Tonyok?

Shawl Cotton

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)