Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’

30th January 2020
in Viral
Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun segala gerak geri yang ditunjukkan apabila merasa terkejut sering kali disifatkan sebagai fake, namun itulah dilema orang melatah. Pantang diusik oleh orang sekeliling, golongan ini cenderung melakukan pelbagai aksi lucu di luar kawalan mereka sendiri. Dalam pada itu, perkara sama juga dialami oleh seorang gadis yang sudah tular di Twitter sejak semalam. Lebih menghiburkan, gelagatnya itu terakam saat dia berada di sebuah majlis perkahwinan.

BACA : Berani Lentok Di Bahu, Pengantin Perempuan Hempuk Ex-Girlfriend Guna Bunga

Terkejut teruk sampai masuk dalam veil

Video berdurasi 8 saat berkenaan sudah meraih hampir 10,000 retweet menyaksikan gadis berkenaan mengangkat veil milik pengantin perempuan yang sibuk berarak di hadapan ramai orang. Namun sedang dia gigih memegang fabrik berkenaan daripada terseret ke tanah, dia mula melatah teruk sehingga bertindak di luar jangkaan.

https://twitter.com/Lelakigeeknew/status/1222472349171081217?s=08

Meloncat persis hantu Cina

Bukan sahaja menyerkup kepalanya dengan veil, malahan dia mula meloncat-loncat persis hantu cina yang sering kita saksikan di kaca televisyen. Orang sekeliling juga gagal menahan tawa melihat aksi melatah gadis berbaju putih tersebut. Tidak cukup dengan itu, lagu latar video ini juga melucukan sekali iaitu muzik tarian naga yang kerap dimainkan bersempena Tahun Baru Cina.

Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’ Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’

Ingat tarian naga rupanya hantu Cina lompat

Bukan sahaja mendapat jumlah tontonan yang tinggi, malahan netizen di ruangan komen ternyata sangat terhibur dengan telatah gadis ini. Namun begitu, ada pula yang meluahkan rasa kasihan memandangkan aksi itu sedikit sebanyak mengaibkan di kawasan umum.

Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’ Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’ Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’

Sumber : Twitter Fiq Fikri

Tags: hantu cinaloncatmelatahpengantinveil
Next Post
Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi ‘Hantu Cina’

Disangka Kena Sembelit, Wanita Kongsi Pengalaman Bersalin Tanpa Perit Langsung

Hijab Floral Berdagu Selesa & Stylish
Pembersih Fabrik & Sofa Mudah Alih - Kotor Lenyap Sekejap!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)