Apabila sudah lama membela kucing, ia pasti akan selalu ‘menempel’ dengan si pemilik kerana sifatnya yang clingy dan ‘mendahagakan’ perhatian. Akan tetapi, lain pula jadinya apabila ‘si bulus’ milik gadis dari China ini yang terlalu manja sehinggakan pemiliknya terpaksa mengambil satu tindakan drastik.
BACA:Â Kalut Siapkan Assignment, Sekali Terciduk Hantar Gambar ‘Aib’ Kucing Sendiri
Dibawa masuk dalam kelas, kucing tak berkutik langsung bila disorokkan bawah meja
Memetik portal Daily Mail, seorang gadis bernama Wen telah dikatakan membawa ‘si bulusnya’ masuk ke dalam kelas secara sembunyi. ‘Si meow’ yang dinamakan sebagai ‘Ba Dun’ itu disorokkan pula di bawah meja agar pensyarahnya tidak perasan akan kehadirannya. Apa yang mengejutkan, kucing baka Munchkin berkenaan tidak berkutik langsung ketika berada di ruangan kecil itu.
Manja sangat masa menggesel kaki pagi tu, tak sampai hati pula nak tinggalkan dia di rumah…
Apabila disoal, Wen mendedahkan bahawa kucing montel itu asyik menggesel di kaki bagaikan ingin terus dibelai oleh tuannya. Tambah pelajar ini, nama Ba Dun yang diberikan membawa maksud 8 hidangan kerana ‘si manja’ tersebut boleh makan sebanyak itu dalam masa sehari jika dibenarkan.
“Disebabkan saya dah lambat nak ke kelas, saya tak fikir panjang dan tak sampai hati nak tinggalkan dia di rumah”
Sumber: FB Daily Mail