Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh berjaya ke menara gading? Bayangkan perasaan mereka saat kali pertama kita menunjukkan surat tawaran ke universiti, tentu mereka adalah orang yang paling gembira mendapat perkhabaran tersebut. Buktinya, beberapa foto semasa pendaftaran kemasukan pelajar ke sebuah universiti ini telah tular di media sosial menyaksikan ibu bapa pula yang terlebih ‘excited‘ menemani anak-anak mereka.
BACA:Â Sanggup Ikat Aiskrim Sampai 4 Pagi, Gadis Tak Kisah Buat 5 Kerja Demi Duit Lauk
Berikut adalah kompilasi foto sekitar pendaftaran kemasukan pelajar yang diambil di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini. Menariknya, foto-foto tersebut memaparkan golongan bapa sedang bertungkus-lumus mengangkat barang-barang anak masing-masing ketika proses pendaftaran.
Besar beg, besar lagi harapan pada anak-anak
Tak kisah penat, janji keperluan anak cukup
Bawa keluarga tanda sokongan
Senyuman terukir di wajah lihat anak ke menara gading
Kesemua gambar tersebut ternyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya kelihatan sebak melihat raut wajah ibu dan ayah yang gembira walaupun sudah uzur dan penat. Tidak kurang juga mereka yang berkongsikan pengalaman masing-masing. Semoga anak-anak ini berjaya dan mampu membalas jasa orang tua pada masa akan datang.Â
“Sedih teringatkan mak ayah”
“The power of abah”
Sumber: Facebook OhMyMedia