Pejam celik pejam celik, rakyat Malaysia kini sudah pun memasuki hari ke-16 tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020 lalu. Gara-gara terlalu banyak masa diluangkan bersama keluarga di rumah masing-masing, tak dinafikan bahawa pelbagai ragam lucu yang telah menjadi viral termasuklah ibu kepada 2 cahaya mata ini.
BACA:Â [VIDEO] Siapa Kalah Wajib Kena Bedak Setepek, Game Suami Isteri Ini Lawak Habis
Sahut seruan berhias di rumah…saya sudah ibu-ibu bila lagi?
Gara-gara sebelum ini kecoh apabila golongan isteri disaran untuk berhias di rumah gara-gara dapat mengelakkan suami masing-masing keluar sepanjang tempoh PKP ini, siapa sangka perkara tersebut lantas disahut oleh wanita bernama Nurul Adila Shafii ini. Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya sendiri, dia memuat naik beberapa bukti bergambar melakukan beberapa rutin harian di rumah sambil mengenakan baju kurung moden berwarna merah jambu.
Lap meja, cuci baju pun boleh…vogue habis
Bukan sahaja memasak dan melipat baju, malah wanita ini turut merakam dirinya membasuh pakaian sambil berpenampilan seperti ingin pergi ke majlis penting. Tak cukup dengan itu, dia turut mengajak para ibu di luar sana agar melakukan cabaran tersebut. Sehingga kini, posting menarik berkenaan telah meraih lebih 4 ribu perkongsian di Facebook.
Baju & rumah sama cantik….kalau orang lain tak sampai sejam ‘berkicap’
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen sempat memuji usaha berani yang ditonjolkan oleh Puan Adila termasuklah suasana serba pink di rumahnya. Namun begitu majoriti mereka mengakui tidak sanggup untuk melakukannya gara-gara cuaca panas yang sedang melanda Malaysia pada masa kini.
Sumber: FB Nurul Adila Shafii