Sebut sahaja lagu ‘Azura’, pasti ramai yang kenal dengan penyanyinya iaitu Datuk Jamal Abdillah. Raja Pop berusia 61 tahun ini masih lagi aktif mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat mahupun acara anugerah tahunan. Penyanyi lagenda ini telah pun dikurniakan cahaya mata ketiga pada Oktober tahun lalu menerusi perkahwinannya yang ke-4 bersama Datin Zai Izzati Khairuddin.
BACA:Â [VIDEO] Muka Berkerut Makan Buah Masam, Reaksi Anak Hanis Zalikha Comel Habis
Kejap sahaja, dah 3 bulan usia Azura
Terbaru, muat naik foto oleh isteri kepada penyanyi berkenaan mendapat perhatian ramai. Si kecil yang diberi nama Nur Azura Yamani kini sudah pun berusia 3 bulan. Menariknya, si cilik tersebut merupakan satu-satunya puteri kepada penyanyi tersohor bersama isterinya. Dia itu telah dilahirkan melalui operation selepas wanita berkenaan mengalami 3 kali keguguran sepanjang perkahwinan mereka.Â
Kini bahagia bersama ‘Azura’
Artis lelaki tersebut tidak mempunyai media sosial. Walau bagaimanapun, si isteri sering memuat naik foto serta perkembangan mengenai Datuk Jamal dan juga anak perempuannya di laman Instagram. Penyanyi tersebut juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani (18) dan juga Ahmad Zaki Yamani (12) melalui dua perkahwinannya yang terdahulu.Â
Comelnya Azura, putih melepak
Rata-rata netizen dilihat geram dengan kecomelan si kecil berkenaan dengan alis matanya yang lentik serta kulit cerah. Malah wajahnya juga dikatakan sangat iras dengan abang sulungnya, Osama. Ada juga yang turut mendoakan semoga Azura membesar dengan sihat.Â
Sumber: Instagram Zaiizatti