Kalau kita pergi ke mana-mana kedai makan tepi jalan, kelibat kucing pastinya dapat dilihat sekitar kawasan berkenaan. Bagi orang yang sangat menyayangi kucing, jiwa kita pasti cair melihat pandangan mata haiwan comel ini saat mereka merayu diberikan secebis makanan. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang terus membawa pulang ke rumah untuk dijadikan haiwan belaan sendiri. Namun melalui kisah seekor ‘kucing jalanan’ ini, mungkin kepercayaan kita bakal menjadi sedikit goyah.
BACA : Terima Kasih Bagi Kenangan..-Pemuda Menangis Masa Nak Tanam Kucing Kesayangan
Rupa comot macam kucing jalanan padahal…
Disangkakan hanya manusia yang boleh menyamar, siapa menduga kucing ini turut membuat keletah sama. Sejak beberapa hari lalu, gelagat kucing putih bertompok hitam ini berjaya menarik perhatian netizen. Sekali lihat keadaannya yang comot persis kucing jalanan, memang hati kita akan sedih. Namun sebenarnya, si bulus ini bertuankan seorang pemilik kedai haiwan peliharaan dan susah tentu hidupnya begitu terjamin.
Setiap kali balik, kucing ni dimandikan sampai bersih
Cukup makan dan minum beserta tempat tinggal, namun difahamkan haiwan tersebut gemar berlegar-legar meminta belas kasihan manusia. Entah apakah sebabnya, namun lelaki dengan akaun Twitter @Fadhilat ini menjelaskan ia akan dimandikan sehingga bersih sejurus kembali ke tuannya. Beberapa keping gambarnya yang kelihatan comel juga membuatkan netizen seolah-olah ditipu.
Dah siap berjimba kau balik…Kemain kau ye
Rata-rata netizen yang membaca tentang ‘kisah duka’ kucing ini sempat meluahkan rasa terhibur selain berseloroh di ruangan komen. Ada juga yang beranggapan mereka bakal merasa kasihan sekiranya menemui kucing ini di tepi jalan.
Sumber : Twitter Fadhilat