Kalau nak bercakap tentang bagaimana cara bertemu jodoh dengan suami atau isteri masing-masing, pastinya kalian semua mempunyai cerita-cerita sendiri. Kadangkala, pertemuan terjadi dalam situasi yang tidak disangka-sangka. Bagai sudah diatur dengan cantik oleh Allah, jodoh kita pasti sampai pada waktu tepat. Seperti pengalaman yang dialami oleh seorang gadis dengan akaun Twitter @Alice ini, minatnya yang suka mengembara ternyata menjadi asbab dia bersatu dengan Encik Suami.
BACA :[VIDEO] Padah Tak Ikut Trend Terkini, Pemuda Tersipu Kena Prank Joget Tik Tok
Dikongsikan sejak 9 Oktober lalu, kisahnya bertemu dengan jodoh sewaktu pergi melancong ke negara Singapura mula menjadi perhatian netizen sekaligus meraih ribuan retweet. Menurut wanita berkenaan, suaminya merupakan keturunan lelaki kacukan spanish dan juga belgian.
I payung gambar suami Mat Salleh.
Aku selalu buat gila pergi travel seorang diri
Mengimbau semula detik pertama kali dia bertemu dengan lelaki Mat Salleh ini, ketika itu dia pergi ke Singapura bagi menghadiri sebuah festival muzik. Memandangkan harga penginapan hotel di negara itu agak mahal, dia mengambil keputusan untuk bermalam di penginapan jenis hostel. Turut menyewa di loksai penginapan yang sama, saat itulah dia mula berkenalan dengan suaminya itu.
Dari kecik minta mak adik Mat Salleh
Menjelaskan tentang majlis perkahwinan pula, mereka berdua tidak mengadakan sebarang acara besar-besaran seperti yang dibuat orang lain. Ikatan suci mempelai ini dimaknakan menerusi sebuah akad nikah dan hanya menggunakan telefon sahaja untuk merakam memori manis tersebut. Memikirkan kos perkahwinan yang bakal menelan belanja besar, Alice lebih rela menggunakan wang tersebut untuk mengembara ke negara-negara lain. Dia begitu bersyukur dengan jalan hidup yang dilaluinya kini.
Sumber : Twitter Alice