Apabila seseorang wanita sedang mengandungkan cahaya mata, rata-rata orang di sekelilingnya selalu menjangkakan bahawa moment tersebut akan sentiasa membuatkannya gembira. Namun realitinya, psikologi mereka perlu diberikan perhatian sama penting dengan keadaan fizikal juga. Hal ini kerana masalah kemurungan yang berlaku semasa hamil dan lepas bersalin boleh memberikan impak besar terhadap ibu serta si manja.
BACA: “Pedulikan Kata Orang Sekeliling..” – Wanita Ini Kongsi Cara Kawal Anak Meng4muk
Dah lama tak kena ‘panic attack’…saya duduk bergelap dalam bilik
Menerusi satu posting di laman FB miliknya, seorang surirumah bernama Puan Nazia Suhaimi berkongsi pengalamannya mengalami ‘panic attack’ sewaktu menghamilkan seorang cahaya mata ketika ini. Dia yang juga merupakan seorang penghidap masalah psikiatri Anxiety Disorder (AD) mudah berasa risau akan sesuatu musibah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan kandungannya.
Nurse tegur baby kurang gerak…balik rumah terus rasa takut yang melampau
Menurut Puan Nazia, dirinya tidak mampu mengawal keresahan yang melampau itu apabila dia ditegur oleh seorang jururawat apabila bayinya kurang menunjukkan pergerakan sejak sehari sebelumnya. Sekembalinya ke rumah, perasaan tersebut terus menyelubungi sehingga menyebabkan emosinya ‘terkoyak’.Â
Bila dah kacau otak…orang tersebut cenderung bertindak tidak normal
Namun ibu ini tidak menyalahkan jururawat tersebut kerana dia hanya menjalankan tugas dan khuatir dengan status kandungan tersebut. Sebaliknya dia hanya mahu berkongsi betapa teruknya perasaan seseorang apabila menghidap risiko tersebut dan sebagai kesedaran agar orang lain juga boleh peka mengenainya.
Sumber: FB Nazia Suhaimi