Ramai pihak sudah mengetahui cara untuk menjalani ujian saringan adalah dengan melakukan swab test. Ujian ini akan dilakukan oleh pegawai perubatan bertugas terhadap mereka yang disyaki menghidap wabak COVID-19. Namun, ramai yang menyangka ujian ini hanya sekadar menjolok swab kapas ke dalam hidung tetapi seorang doktor tampil menjelaskan tentang isu berkenaan.
BACA:Â Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif
Ketahui kedudukan pangkal hidung
Menerusi sebuah thread perkongsian di laman Twitter miliknya, Dr. Mohd Saiful Nizam menjelaskan bahawa terdapat pihak menunjukkan kaedah calitan swab yang tidak tepat. Doktor berkenaan turut menerangkan bahawa pengetahuan kedudukan nasopharink atau pangkal hidung adalah amat penting ketika menjalani ujian berkenaan.
Jangan sekadar jolok sahaja
Tambah doktor ini lagi, beliau turut dedahkan dua cara yang salah ketika melakukan pengambilan sampel. Antaranya adalah calitan swab tersebut hanya berada di depan hidung dan tidak kena pada bahagian yang sepatutnya. Cara yang tidak tepat ini boleh menyebabkan beberapa kecederaan terhadap patients berkenaan.
Teknik yang betul boleh mengelakkan komplikasi
Oleh itu, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) berkenaan turut menunjukkan cara yang betul. Calitan yang dilakukan hendaklah selari dengan lantai hidung sehingga menyentuh bahagian nasopharink. Di hujung bebenang berkenaan, beliau berharap agar perkongsiannya itu dapat membantu para frontliners yang sedang berjuang.
Sumber: Twitter Dr. Mohd Saiful Nizam