Viral Kesihatan

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’
Rasaflix

Sharing is caring!

Semua orang pasti mengimpikan untuk mempunyai perkahwinan yang bahagia hingga usia tua. Sesungguhnya, suami isteri itu sifatnya adalah untuk saling melengkapi. Andai ada yang kurang, mereka akan membantu sesama sendiri agar rumah tangga lebih bahagia. Namun, segala moment pahit manis tersebut hanya akan tinggal kenangan sahaja apabila dipisahkan oleh ajal.

BACA: [VIDEO] Dari Zaman Sekolah Berbakti Pada Merpati, Mulia Hati Pak Cik Dikagumi


Isteri memang suka berceloteh, selalu bergurau suruh doktor marah suami sebab culas makan ubat

Menerusi Facebook, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi kisah sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 70 tahun yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Si isteri memang suka berceloteh dan suaminya pula hanya akan diam serta senyum sahaja. Selalunya, mak cik itu pasti akan berseloroh meminta doktor untuk memarahi suami kerana kononnya malas makan ubat.

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’
Gambar Sekadar Hiasan

 

Pilu bila isteri kini dah tiada, berjanji tak akan culas makan ubat lagi

Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila pak cik berkenaan datang berseorangan pada suatu hari. Apabila ditanya, doktor ini tersentak apabila dimaklumkan bahawa isteri tercinta pak cik tersebut telah kembali ke rahmatullah. Dalam keadaan menahan sebak, pak cik tua terbabit meminta ubat dan telah berjanji dengan isterinya untuk makan ubat. Pakar perubatan ini juga sempat menasihatkan orang ramai agar tidak berhenti mencintai insan tersayang masing-masing supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dulu Selalu Culas, Pak Cik Tua Sayu Janji Rajin Makan Ubat Lepas Isteri ‘Pergi’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram