Viral

Dugaan Bina Rumah Sendiri, Suami Diuji Banyak Kali Nahas Demi Kumpul Duit

Dugaan Bina Rumah Sendiri, Suami Diuji Banyak Kali Nahas Demi Kumpul Duit
Rasaflix

Sharing is caring!

Sebut saja tentang rumah, rasanya setiap orang berimpian suatu hari nanti untuk memiliki kediaman buat keluarga sendiri. Di samping boleh dijadikan sebagai tempat berteduh, ia merupakan aset yang cukup berharga memandangkan harga tanah dan rumah semakin lama semakin mahal zaman sekarang. Walaupun perjalanan untuk mendapatkannya bukan mudah, tapi sudah cukup beruntung jika memiliki teman hidup yang mampu bersabar dan sanggup susah senang bersama.

BACA: [VIDEO]Hati Berkecai Isteri & 3 Anak Ajal Nahas Pesawat, Sempat Kirim Foto Bayi

6 tahun kahwin, ada rezeki bina rumah sendiri…suami cedera 2 kali buatkan semuanya tergendala

Menerusi perkongsian di TikTok, Puan Zuraida berkongsi bahawa keluarganya berpeluang untuk membina rumah sendiri selepas 6 tahun berkahwin dan menetap di rumah sewa. Namun bermacam peristiwa menyayat hati menimpa mereka, antaranya adalah suami mengalami beberapa kali terbabit dalam nahas ketika menunggang motosikal. Ujian demi ujian tersebut sekali gus membuatkan persiapan rumah mereka bersama 6 orang anak tergendala untuk tempoh masa yang agak lama.


Dugaan Bina Rumah Sendiri, Suami Diuji Banyak Kali Nahas Demi Kumpul Duit

Selepas sihat, rumah akhirnya siap time PKP…syukur usaha keras suami

Setelah berehat panjang, suami Puan Zuraida akhirnya sihat dan teruskan proses pembinaan rumah tersebut. Akhirnya mereka sekeluarga dapat juga masuk ke rumah impian tersebut ketika tempoh pelaksanaan PKP. Meskipun keadaan rumahnya tidaklah seindah orang lain, tetapi Puan Zuraida tetap memanjatkan rasa syukur atas usaha keras suaminya yang statusnya cuma pekerja kilang saja.

@zuraidaida86

Percaya la rezeki tu Ada..cuma perlu usaha..Simpan sini sbgai kenangan ..#newbie #fyp #foryourpage #tiktokmalaysiaviral

♬ original sound – RiskaSyafitry – 💞DrachinDrakorlover💞

Sumber: TikTok @zuraidaiada

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura


Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


Dugaan Bina Rumah Sendiri, Suami Diuji Banyak Kali Nahas Demi Kumpul Duit

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes