Sesetengah orang suka melangsungkan terus majlis perkahwinan tanpa menjalinkan ikatan pertunangan terlebih dahulu. Namun tidak dinafikan, fasa pertunangan adalah sebuah proses penting untuk mengenali hati budi bakal teman hidup masing-masing. Jika serasi, maka dua jiwa akan bersatu atas sebuah mahligai indah. Jika sebaliknya, mungkin juga ia sebuah petunjuk dan perpisahan itu lebih baik daripada menderita kelak.
BACA :Â Mulut Mengaku Sayang Tapi Ada Orang Lain Sebab Bosan? Baik Tak Payah Bercinta
Kami ada bertemu, kononnya nak dating tapi…
Selain itu juga, ada yang gemar membuat majlis pertunangan secara besar-besaran sehingga menyebabkan pembaziran. Tidak cukup dengan itu, bakal mempelai masa kini sering menganggap pertunangan sebagai ‘tiket’ untuk berseronok sehingga lupa batas dalam agama. Melalui perkongsian daripada seorang lelaki bernama Hilal Asyraf ini, mungkin orang di luar sana boleh mengambil ikhtibar. Menceritakan detik pertunangannya sebelum ini, dia dan isteri agak jarang berhubung apalagi mahu berjumpa secara berdua-duaan.
Tak bolehlah asyik ikut kepala sendiri
Tatkala orang lain sudah menggunakan gelaran manja kepada tunang masing-masing, perkara berbeza pula berlaku dalam hubungan Hilal dan isterinya itu. Menurut lelaki yang juga seorang penulis ini, dia lebih cenderung mempertingkatkan kemampuan diri untuk menjadi ketua keluarga berbanding memikirkan perkara remeh lain. Namun tidak ketinggalan, dia turut berhadapan dengan ujian dalam bertunang sehingga pernah terfikir untuk mempercepatkan hari bernikah.
Kalau benar cinta sejati, pasti membawa ke syurga
Selamat mendirikan rumah tangga sekitar 2012, Hilal mengakui segala kesabaran sewaktu bertunang dahulu sangat memuaskan hatinya. Berkat menjaga ikhtilat dengan baik, hubungan cintanya bersama isteri disifatkan lebih bahagia dan begitu mekar. Maka dalam perkongsian panjang ini, dia menitipkan pesan agar orang di luar sana sedar bahawa perkahwinan bukan berkisarkan tentang keperluan batin semata-mata. Sebaliknya, semua ini merupakan tanggungjawab yang perlu digalas sebaiknya.
Sumber : Twitter Hilal Asyraf