Keibubapaan Viral

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Sharing is caring!

Masalah kesihatan seperti demam dan selesema sering dikaitkan dengan cuaca panas atau hujan yang tidak menentu yang berlaku sepanjang tahun. Bagi orang dewasa, gejala tersebut mungkin boleh menyebabkan seseorang berrasa tidak selesa selain menjejaskan urusan harian sahaja. Namun begitu, kita semua pastinya akan lebih gundah gulana sekiranya jangkitan tersebut dialami oleh kanak-kanak kecil yang masih dalam proses membina imunisasi serta ketahanan antibodi.

BACA: Ibu Cemas Nyaris Kehilangan Bayi Bila Kereta Terbalik, Tapi Hebat Kuasa Allah

5 bulan saja…kehadiran yang cukup membahagiakan

Pada awalnya demam biasa saja, tapi siapa mampu menduga bahawa masalah kesihatan ringan itulah yang menjemput seorang bayi 5 bulan bertemu kembali pada Penciptanya. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Puan Norul Ashikin sekitar minggu lalu, dia dan seluruh ahli keluarga terpaksa menelan hakikat bahawa anak bongsunya cuma sempat bersama selama 5 bulan sahaja atas pemergian tak disangka-sangka.

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata


Demam panas tiba-tiba jadi asbab untuknya ke syurga

Mengulas lanjut, si ibu memaklumkan bahawa bayi diberi nama Putri Qaseh Ameena atau lebih mesra dengan gelaran Babyna ini dilahirkan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius. Semuanya bermula apabila dia dikatakan menghidap demam panas pada beberapa hari sebelum disahkan tidak lagi bernyawa pada 22 Februari yang lalu. Siapa sangka, hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati bahawa sejenis virus telah menyerang organ dalamannya pada masa itu.

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Bukan tak redha…hati cuma rindu sangat-sangat

Meskipun detik kehilangan itu memberikan tamparan besar kepadanya, namun Puan Norul Ashikin redha atas takdir yang menimpa kepada keluarganya. Dia berharap agar penjelasan itu sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan mengenai anak bongsunya itu. Malah, ibu kepada 2 anak ini turut berterima kasih atas semua doa yang telah dikirimkan buat mereka sekeluarga termasuklah anak syurga tersebut.

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata


Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Sumber: FB Norul Ashikin Henna


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Demam Panas Turun Naik, Ibu Luah Sebak Bayi Umur 5 Bulan ‘Pergi’ Sekelip Mata

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram