Baru-baru ini, Malaysia telah digemp4rkan dengan sebuah kisah kepincangan rumahtangga melibatkan seorang pendakwah selebriti apabila dia tergamak mencer4ikan bekas isterinya meskipun ketika itu dia sedang sarat mengandung. Rentetan daripada peristiwa tersebut, nampaknya semakin ramai yang mula mendedahkan pengalaman yang hampir sama seperti perkongsian daripada seorang gadis yang tular di laman Twitter baru-baru ini.
BACA:Â “Saya Tak Ada Akaun Media Sosial Selain..” – PU Abu Nafi Ada Akaun Twitter
Menurutnya, kira-kira 2 tahun lalu salah seorang daripada sepupunya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar ustaz. Namun akhirnya dia telah menjadi seorang yang menzalimi isterinya, malah tergamak untuk menyebarkan fitnah serta video sewaktu mereka bersama suatu ketika dahulu!
Lepas kahwin ustaz jadi syait4n…ugut sebar video asm*ra diorang
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut sanggup membuat akaun FB palsu dan menyebarkan kesemua bukti yang dia ada terhadap bekas isterinya selepas mendapat tahu yang dia mahu menuntut fasakh. Wanita itu pernah membuat satu kenyataan dan mendedahkan dirinya sebagai isteri kepada sang pelaku penyebaran bahan luc*h tersebut, namun ramai yang tidak percaya bahawa Ustaz berkenaan tergamak melakukan kesemua perkara terbabit.
Dia juga pernah memukuI isterinya sehingga disahkan keguguran sewaktu di sebuah pusat R&R. Namun ustaz tersebut memberitahu ibunya yang isterinya itu yang memb*nuh bayinya sendiri.
Pernah kena pukuI sampai bayi gugur…dia jadi janda pada umur 27 tahun
Meskipun mereka telah berpisah, namun impak kejadian tersebut sangat besar pada psikologi sepupunya. Antara yang paling ketara adalah takut dengan kiriman mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Hal ini kerana dia sering mendapat mesej daripada lelaki-lelaki miang setelah bekas suaminya bertindak untuk menyebarkan nombor telefonnya juga.
Walaubagaimanapun, gadis ini turut menjelaskan yang bukan semua golongan ini bersifat jahat seperti itu. Perkongsian ini cuma bertujuan untuk dijadikan pengajaran agar semua wanita dapat berhati-hati dengan lelaki di luar sana.
Sumber: Twitter nedybasir