Artis Hiburan Viral

Di Sebalik Nama Iman Zulkarnain, Pemegang Watak Zahim Dalam Drama Adellea Sofea

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin sekali lagi memberikan impak dari segi kelainan jalan cerita serta barisan pelakon hebat. Karya ‘Adellea Sofea’ yang gigih dihasilkan nampaknya mendapat respon positif daripada pengikut setia mereka. Bukan sahaja gandingan pelakon utama yang cukup serasi, malahan watak-watak sampingan juga tidak ketinggalan mendapat perhatian khususnya karakter pemuda bernama Zahim.

BACA : [VIDEO] Asyik Pakai Baju Putih, Rupanya Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Imej Fir

Bersedih selepas Sofea berkahwin dengan Firdaus

Advertisement

Dilakonkan oleh aktor bernama Iman Zulkarnain, watak rakan baik kepada Sofea itu ternyata membuatkan ramai merasa kasihan. Akibat ragu-ragu dan lambat meluahkan rasa cinta, akhirnya Zahim terpaksa berputih mata selepas gadis ayu berkenaan menjadi milik lelaki lain. Meskipun kelihatan sudah reda sewaktu mendapat tahu Sofea sudah dilamar oleh Firdaus, namun kini segalanya berubah kerana dia menyedari rasa cinta itu masih wujud di dalam jiwanya.

View this post on Instagram

Advertisement

Jangan lupa temujanji kita petang ni #adelleasofea TV3 7PM 😍 . #imanzulkarnain #mirafilzah

A post shared by Iman Zulkarnain Fans Club (@imanzulkarnainfc) on

Advertisement

Kasihanlah kat Zahim…Macam nak tolong je

Enggan mengalah dengan rasa sedih itu, dia cuba berhubung semula dengan cinta lamanya. Namun begitu, Sofea terus memberi peringatan awal memandangkan cara berkenaan disifatkan sebagai kurang manis. Melihatkan keadaan Zahim yang ‘broken‘ teruk, netizen juga turut terkesan sama dan terbuai dengan perasaan sebak.

Advertisement

Pernah ditipu dalam perniagaan

Advertisement

Dek kerana watak ini semakin mendapat perhatian ramai, mungkin kita boleh meninjau serba sedikit tentang latar belakang Iman Zulkarnain ini. Sebenarnya, pelakon berusia 28 tahun ini pernah menceburkan diri dalam bidang perniagaan suatu ketika dahulu. Namun malangnya, dia telah ditipu rakan kongsinya sendiri dan tragedi berkenaan menimbulkan trauma yang cukup mendalam. Namuan siapa menduga, ia menjadi titik mula untuk dia melangkah ke dalam dunia hiburan secara serius.

Doa ibu dijadikan semakin pemangkin 

Advertisement

Walaupun hampir 3 tahun terlibat dalam bidang ini, dia masih terus mengukuhkan bakatnya menerusi kelas-kelas lakonan bersama artis veteran lain. Jika anda masih ingat, sebenarnya Iman pernah juga muncul dalam drama ‘Nur 2’ yang hangat bersiaran awal tahun ini dan sekarang dia sibuk dengan penggambaran sebuah filem. Dari situlah namanya semakin dikenali dan dorongan daripada ibunya membuatkan pemegang watak Zahim ini mahu terus melakar nama dalam industri hiburan. Untuk pengetahuan peminat wanita di luar sana, dia sudah mendirikan rumah tangga bersama dengan dua orang wanita.

Sumber : Portal Iluminasi

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram